Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Saturday, December 20, 2025

MY FRIEND'S LIFE

Assalammualaikum w.b.t.

Tadi pagi aku bangan awal dalam jam 3.30am macam tu. Belek-belek handphone, tetiba ada orang Whatsapp jam 4.30am. Kawan lama zaman UNISZA dulu whatsapp. Biasanya kitorang memang selalu contact. Dia bagitahu mak dia dah tak ada, telah dijemput Ilahi awal pagi tadi. Innalilllah...


Dialah yang dari dulu sentiasa jaga mak dia, sebab dia sorang je yang boleh diharap. Adik beradik yang lain aku tak tahu sangat macam mana. Adik dia macam ok. Yang 2 orang lagi tua dari dia tu, sorang dah keluar rumah tak pulang-pulang. Memang totally lost contact after kahwin. Yang sorang tu pulak haritu dia cerita, selalu meminta sehingga dia rasa janggal betul ke apa yang dia minta tu betul? Macam mana boleh rasa janggal ni? Sebab, dulu dia pernah cerita kat family yang dia kerja kat satu tempat ni. Macam kerja office/admin macam tu. Tapi realitinya? Selepas beberapa tahun, mungkin hampir 10 tahun barulah kawan aku tahu dia bukan kerja office seperti yang dikatakan. Tetapi dia kerja sebagai cleaner je kat company tu. So sekarang macam susah nak percaya.

Kadang kesian dengan kawan aku sorang ni. Ayah dia dah dijemput Ilahi mungkin dalam 6-7 tahun macam tu. Mak dia pulak kena buat rawatan dialisis every weeks. So kita fahamlah macam mana kekangan duit tu. Dulu dia pernah call, which is quite rare sebab after habis study kat UNISZA kita jarang contact. Macam bawak haluan masing-masing. Lepas habis study kat Jambi ada satu masa dia call, mintak pinjam duit sebab nak tampung kos dialisis. Aku adalah jugak bagi dalam RM_.00. Itu je yang aku mampu bagi masa tu, sebab kita pun stay at home daughter + tak kerja. 

Mula-mula macam muskil sebab dah lama tak contact. Aku siap tanya kawan-kawan yang lain sebab takut scammer. Rupa-rupanya memang betul dia. Later contact dia semula sebab nak tanya dah cukup ke total semua, dia kata cukup dah ada orang lain yang bagi pinjam. Alhamdulillah. Banyak betul ujian dia dengan mak dia. Memang betullah dia sorang je yang boleh diharap. (Tapi adik dia macam ok)

Kalau ikutkan sebenarmya, boleh je buat potongan terus dari pencen ayah dia dulu. Tapi yang ni aku tak berapa faham. Sebabnya, pencen tersebut ada entiti lain yang songlap. Kalau tak yang pertama, yang kedualah sebab yang pertama dah menghilang. Hahahaha. Nasib baiklah jururawat/nurse kat dialisis kot sarankan untuk buat surat rasmi untuk terus transfer duit pencen tu ke dialisis tu. So tak ada lah diorang selalu buat tuntutan untuk tunggakan bayaran tu. Hailah manusia. Sempat lagi songlap duit, bagi PANGG! satu baru tahu.


Aku tak tahulah macam mana kehidupan dia selepas ni. Semoga dipermudahkan urusan dan boleh teruskan perjalanan hidup yang tertangguh sebelum ni. Banyak betul pengorbanan dia sebab nak jaga mak dia. Haritu dia ada bagitahu aku, kalau mak dia dah tak ada..dia nak sambung belajar semula. Dia dulu belajar sampai peringkat diploma. Adik dia pun tak habis study, tapi dia ada skill untuk buat something berkaitan IT/designing macam tu. So boleh dapat duit side income.

Harap-harap tak adalah apa-apa jadi selepas ni. Risau dengar cerita dia dulu-dulu. Aku nak contact takut mengganggu sebab baru lagikan terjadi. Kalau dekat, bolehlah pergi ziarah walaupun aku jarang keluar. 


Semoga ada Pelangi selepas Hujan.

*Ini dikira mengumpat atau perkongsian?






Friday, June 4, 2021

FRIENDS PART II

Assalammualaikum



I'm back, lain macam rajin nak menaip minggu ni. Maybe sebab aku rasa enjoy sharing my thought and my life's experience :)

Nak sambung entry semalam berkaitan 'FRIENDS'.
Hari ni aku sambung berkaitan kawan-kawan aku kat Uni


    After keluar dari MJ, aku further study kat Ganu. Macam biasa jumpa dan kenal dengan new faces. Roomate aku orang Johor jugak, Najikhah nama diberi, orangnya tinggi lampai bertudung labuh tidak seperti aku walaupun aku keluaran sekolah agama 😂 Tak silap 4 semester kitorang satu bilik, dia lain kos dengan aku. Dia baik, adik beradik semua perempuan. Best boleh masak sama-sama, and sharing gossips together.

UniSZA SEJATI

    Close friends? Macam biasalah semua tempat nak ada 'gang'. Kalau gang aku berempat. Yuna (me), Ida, Pia and Scha. Yang ni yang biasa aku melepak, pi kelas sama-sama, makan sama-sama. Study sama-sama. Semua sama-sama. Layan Running Man or anime biasa dengan Ida, minat sama. Kadang-kadang aku download RM and later Ida nak copy. Hahahaa. 

    Scha dulu stay bilik sama aras dengan aku, aku dah lupa apa nama aras kat Uni dulu. lol. First time aku jumpa dia dulu my first impression is 'cantiknya minah ni' even dia dengan aku melalui zaman jerawat jahat but she's beautiful and she got that body shape goal. Huuhuuu. Kalau dia tahu aku kabo gitu mesti kembang semangkuk jadinya. Sekarang pun dia dah lawa, beauty is pain babe. We're still friend until now, no doubt. Sampailah ke Jambi, dia pun futher study kat sana with me and other members.

    Dulu gigih kitorang pinjam (me) basikal orang semata-mata nak gi kedai RM2 lalu pintu belakang Uni, pernah sekali dua jalan kaki pi kedai. Kalau nak pergi beli barang kat bandar or mall je mesti kitorang pi sama-sama, duk tunggu bas kat hostel kadang-kadang tunggu bukan main lama gilaaa. Kitorang jarang sewa kereta kalau pi keluar, except kalau ada occasion je. So naik bas jela mudah walaupun lambat.


    Masa kat Jambi pulak, kitorang selalu naik motor sama-sama. But what can i say, people do changed. It's kinda weird watching her be close with a 'man'. Tbh she's not before, or am I not much aware of it...? Maybe. But normally i will turned it into blinds eye. Buat-buat tak nampak, biasalah aku kan. Hurmm, member aku yang lain yang kabo ke aku pasal diorang berdua. Bila member aku kabo ke aku, aku rasa macam...'am I not trust worthy enough for her?' - kenapa Scha tak cerita dengan aku pasal that 'man'. Masa kat UniSZA dulu dia pernah cerita pasal crush dia masa high school kat aku. Maybe sebab kat Jambi aku kenal that man, so dia tak kabo ke aku pasal diorang. LOL. If i remember, masa tu disappointed gila aku. Am I not her friend? Tak layak ke kalau dia share dengan aku? But, i think positive jela. Sebab kalau aku confront dia pun, tak ada benda pun nak dipersoalkan. Hahaa. Maybe sebab aku clueless. Hurmm...am i stupid?

    Tapikan later i found out about what happen in Jambi thru her blog, hahaa. And i asked her about it, tapi aku tak persoalankan sangat pon pasal that man. Because dia pun dah tak ada apa-apa. So, case closed babe.

    My other friend, Ida. We share the same interest, anime and Running Man. Masa tu aku belum into Kpop sangat, so aku just layan variety shows because it is funny and hilarous. We're the luckiest sebab kitorang dua je yang dapat stay hostel sampai sem 6, yang lain kena buat permohonan surat. Blessed us. I know she's kind, tak kedekut...but ada certain things yang aku tak faham. Bila kitorang pergi makan sama-sama, when she saw her childhood friends she will leave me out behind (for short awhile)...i felt like...lonely. I don't know how to tell her about that thing so i just kept it myself. Because this is ME. 


But, i still grateful tho because they are all my friends. My precious friends.

One of my fav photo sebab muka aku kena blok, ahhahaa


My favorite video

Because i love them









Thursday, June 3, 2021

Friends

Assalammualaikum



Today's topic : Friends

Serious talk, aku sekarang dah jarang berhello-hello dengan kawan-kawan aku. Aku asyik fikir mesti diorang tengah sibuk bekerja jadi aku tak boleh whatsapp diorang, kalau aku mesej diorang pun kemungkinan nak reply adalah 85%. Kami dah dewasa so aku faham diorang memang banyak tanggungjawab. Hee, peace!

    Dulu masa sekolah rendah aku siap ber'gang', tapi lepas aku masuk asrama semua terus lost contact last aku jumpa diorang pun masa tingkatan 3. Itu pun sebab ada reunion, semua dah cantik-cantik. Aku je yang macam kentang. Diorang siap bercouple uii, cinta monyet. Dulu aku selalu fikir kenapalah rumah aku jauh sangat dengan rumah kawan-kawan aku. Kalau dekat bolehlah aku datang rumah main sama-sama. Rumah aku sorang je yang jauh kat hujung kampung, ahahahaa. Kalau dekat, aku rasa setiap kali balik kampung mesti aku lepak rumah member aku. Aduhai nasib :'(

    Serius rindu diorang, ada sorang yang dah kawin siap ada anak seorang. She's Dila. One of my besties zaman sekolah rendah dulu. Kangeennn, dia memang layak kahwin awal. Anak perempuan sulong, dahlah pandai masak rajin pulak tu, cantik pandai. Darjah enam dah pandai masak, aku? Tak reti oii 😂 She's perfect.

    Tapikan masa sekolah rendah dulu kitorang masih innocent dari couple-couple ni. Kitorang banyak gaduh dengan budak-budak lelaki senior je, tu pun main ejek-ejek panggil nama. Hailaa memori. During high school, macam biasa bermulalah cinta monyet mereka. Sebabkan aku masuk sekolah agama, aku macam tak terjebak sangat tapi ada je yang bercintan cintun senyap-senyap. Aku macam terkejut tengok Dila, siap ada pakwe. Dia suruh aku teman jumpa pakwe dia. Hahaahaa. Betullah orang kata pengaruh rakan sebaya, and teen's phase kan. 


    Masa high school, aku stay kat asrama. New experience to explore. New face to know. New relationship to look forward. It's took one month for me to accept my hostel's life tanpa family, sebelum tu duk call menangis nak balik. Hahahaa. Kat sinilah aku jumpa my new bestie for my new phase of life, Ton. She's pretty, hidung mancung muka flawless. Lainlah dengan aku ni, i'm not pretty enough and i'm an introvert. Masa awal-awal dulu, bila aku bosan je aku akan pergi dorm classmates aku, Jenah. Then tak lama lepastu aku selalu lepak kat dorm Ton sebab aku nak cari tempat yang aku selesa.


    Alhamdulillah kitorang berkawan sampailah habis sekolah. Ingat lagi satu hari tu aku tersedar dari tidur, tak boleh tidur. Jam 2 pagi, aku berjalan seberang blok asrama semata-mata nak pergi dorm Ton. Nak tidur kat sana sebab aku takut tidur kat dorm aku and aku memang selalu tidur kat dorm Ton, sebab aku takut oii. Biasalah semua tempat angker gitu. Tapi bila pikir balik, macam mana aku yang takut nak tidur kat dorm boleh keluar seberang asrama jam 2 pagi. Hahahaa. Pelik-pelik, nasib baiklah tak ada apa-apa. 



    Aku sayang gila kat bestie aku yang ni, aku tak tahulah dia anggap aku bestie dia ke tak. Ada orang kata kitorang ni macam belangkas. Sebab dimana ada aku, kat situ ada dia jugak. Nak buat macam mana...masa tu aku sorang je anak perempuan. So, Ton tu macam sister figure akulah. Dengan dia je aku boleh macam manja sikit, kadang-kadang bila dia baca al-Quran aku duk baring kat riba dia. Bila ingat balik macam overwhelm nya. Andai aku boleh putar mesin masa, aku teringin nak lalui semua tu semula. Nak happy macam dulu. Sekarang aku rasa macam kosong. 

 
    Masa aku jadi ketua asrama, dialah setiausaha aku. Blessed gilaa. Banyak benda yang aku insecure bila dapat jawatan tinggi-tinggi macam ni. Ramai lagi sebenarnya gang masa sekolah menengah dulu. Kitorang selalu pi makan sama-sama kat kantin. Sebelum tu duk jerit blok ke blok, 'nak gi makan tak?!!' . Rindu oii, nak memekak. Bila prep je kitorang siap menyanyi kat kelas. Bila Ustaz lalu je, automatik terus senyap. Hahahahaa!! Macam ada malaikat lalu bak kata orang. 

    Masa form 6, kitorang masuk Maahad Johor. Semua sebaya, Ton dengan aku lain kelas tapi stay dorm aras yang sama. Kadang-kadang je aku tidur kat dorm dia, kena biasakan tidur katil sendiri sorang-sorang. Hurmmm...pernah sekali aku ingatkan nak tidur kat dorm Ton. Tapi masa tu ada kawan kitorang satu classmate dengan Ton. Maybe dia nak tidur kat dorm Ton kot, so aku pun blahh jela gitu. Tidur dewek aja dehh. Kena biasakannnn~ lol, aku tahu masa tu aku rasa sedih. But i need to keep it together. Tak surelah after tu aku menangis ke tak. Entahlaa


    Kat MJ aku rapat dengan Shikin, another belangkas number 2. Habis je kelas jam 3.30pm aku terus mandi and siap-siap pi surau luar. Aku selalu ajak Shikin pi sekali, solat kat sana then mulalah gosip pasal anak-anak jantan. Hahahahaa, crush bagai...siap bagi satu-satu nama character or nama samaran untuk jejaka-jejaka terpilih yang menjadi bualan 😁😂 Antaranya Mika, Vampire and Big Boss. Tu je yang aku ingat. Kadang-kadang kitorang lepak kat pondok area dewan MJ, sambil tunggu jam 6pm nak pi makan terus kat dewan makan. Rinduu~ Thanks Shikin jadi peneman aku kat MJ, when i felt like i need someone to be beside me. Walaupun hanya half year kita rapat, sebab after that aku keluar MJ and sambung study kat Ganu. I am so grateful :)


Next part, nak cerita pasal kawan-kawan kat Uni pulak ;)
I love my friends.


Camp' high school
[ Kenangan Camping high school]