Thursday, April 30, 2026

Accident Motor (Part 2)

Assalammualaikum semua


Sementara ada masa kosong dan bergoyang kaki tak banyak kerja, bolehlah aku sambung cerita berkaitan accident motor aku haritu. Kita nak cerita berkaitan treatment selepas kemalangan haritu. Jadi, lepas je seminggu aku balik dari umrah haritu dalam 21hb Februari macam tu aku set appointment nak cabut gigi yang terbelah haritu kat Klinik Kesihatan.

Set jam 8 pagi macam tu untuk cabut gigi...and aku baru tahu rupaya kita tak perlu set appointment pun kalau nak cabut gigi. Hahahahaa, kalau aku tahu aku boleh je pergi lagi awal untuk cabut gigi tu. Tapi tak apalah, aku dah terbiasa set appointment kat MySejahtera tu. 


Sampai je kat klinik, ada seorang pesakit/pelawat je masa tu datang dengan anak dia. Tunggu punya tunggu 8.30pagi baru masuk dalam bilik rawatan. Kitanya nervous tak pernah cabut gigi dewasa, masa dia cucuk bius tu kat bahagian lelangit agak sakitlah jugak. Mungkin sebab kawasan tu nipis kan. Doktor tu duk goyang-goyangkan gigi yang terbelah tu. Aku macam fascinated sekejap. Macam woww, macam gini rupanya cabut gigi yang dewasa. Sama macam video cabut gigi kuda yang aku tengok sebelum ni 😂

Nasib baiklah zaman sekarang ni ada bius untuk tahan sakit, kalau tak menangis tahan sakit. Lepas je selesai cabut gigi, aku mintak Doktor tu tunjuk kat aku part gigi yang terbelah tu. Memang terbelah sampai bawah. Rugi pulak tak request Doktor tu untuk kita simpan gigi tu. Keluar je dari bilik rawatan, aku terus bayar, then blaa. Hahahaa, dengan kapas dimulutnya. Patutnya aku pergi kedai dulu beli aiskrim ke apa, tapi duk terfikir macam mana nak pergi kedai kalau ada kapas kat mulut ni. 😓


Ompong dah gigi aku. Sebabkan yang cabut ni belah tepi gigi tapi kawasan depan, memang nampak sangat kalau senyum buka mulut. Sepanjang puasa Ramadhan hingga Hari Raya aku senyum mulut berlubang di tepi 😌 Tapi macam lawak jugak aku tengok. Setiap kali adik aku ambik gambar, mesti aku show off gigi tercabut ni. Not badd


Btw, seminggu lepas raya tu kena pi Klinik Kesihatan lagi untuk cetak gigi. Tapi....Doktor tu kata luka dia belum sembuh lagi, sedangkan dah sebulan lebih cabut gigi. So kena set next appointment bulan Jun nanti. Lama oii nak tunggu. Harap-harap bulan Jun nanti tak ada lah kena postpone lagi cetak gigi tu.  Kalau tak fully sembuh ni maksudnya, aku yang problem. 

Maka hiduplah aku dengan gigi ompong ni 2 bulan lagi. 


Sebelum terlupa, aku decide untuk pilih flexible denture daripada implan gigi atau bridge. Sebab kalau aku buat bridge, aku kena korbankan gigi lain. Tak nak aku potong gigi sebelah yang masih ok. Yang implan pulak agak mahal, tapi aku tak kisah sangat pasal duit tu. Cuma aku rasa benda ni permanent (sama macam buat bridge), kena drill tulang kan untuk masukkan skru. So bubyee jela. 

Ok, kita tunggu Jun 2026 untuk update seterusnya~








Tuesday, April 28, 2026

Umrah Februari 2026 (Part I)

Assalammualaikum w.b.t.

Cerita 2 bulan lepas, hari ini baru aku nak update. Lama betul simpan ye. Sebabnya, lepas balik umrah haritu badan tak sihat. Almost 3 weeks jugaklah nak sihatkan tekak ni. Bayangkan sampai tak ada suara sehari atau dua hari lepas sampai Mekah. Masa masuk bilik hotel pun aku dah suspek mesti lepas ni sakit. Sebab apa? Sebab dengar bunyi Econ pun dah tahu macam Econ jarang service.

Ok, jom mulakan perjalanan aku dari Malaysia ke Madinah then ke Mekah untuk tunaikan umrah. Kos umrah ni hanya untuk pembayaran je dah cecah RM7,5k. Belum masuk pembaharuan passport, cucuk vaksin dengan perbelanjaan-perbelanjaan lain. Baru pertama kali pergi, jadi banyaklah benda yang aku nak kena beli. So bukan saja kena prepare mental, health, duit pun kena prepare untuk pi sana. 

Letak sini sebab gambar lawa

Aku gerak 3hb Februari pagi, semua berkumpul kat Masjid solat Subuh berjemaah bersama-sama. Lepastu berkumpul kejap dengar taklimat sebelum masuk bas. Aku dah nak gerak, abang aku baru otw dari rumah nak tengok aku pi. Tak sempat la jumpa. Sebab dia nak kena hantar adik aku and then uruskan anak lelaki dia dulu nak pi Pasti.

Lepastu berhenti RnR...bla..blaa...sampai airport tengahari. Taklimat lagi. Btw kitorang dapat sekali 2 ketul luggage termasuk dalam kos tu tadi. 1 luggage besar, 1 luggage kecil, and ada 1 beg sandang comel warna oren. Sampai awal, tapi flight gerak after Asar nanti. So kitorang solat dulu kat airport. 

Untuk tukar duit dari Ringgit Malaysia ke Riyal, aku buat online melalui CIMB Click. Mudah, nanti tinggal pick-up je kat airport. Aku mula-mula takut jugak kot-kot salah tempat nak pick-up. Siap tanya kat group umrah FB, tanya ChatGPT sekali ye, hahahaaa. Siap tengok map airport, step-step untuk internasional punya penerbangan. Gigih sebab takut tersilap melesaplah duit tu nanti. Alhamdulillah, bila transit, jumpa jugalah kiosk tersebut untuk pick-up.

Masa dalam flight, aku tengok short story ni. My fav 

Dari Malaysia, aku terbang jam 5.30pm macam tu. So sampai Jeddah dalam after Isyak kalau tak silap, sebab beza Malaysia dengan Saudi Arabia 5 jam macam tu. Pertama kali solat dalam kapal terbang, pertama kali masuk toilet, hahahaa sebab sebelum ni terbang bebeerapa jam je, tak memerlukan masa untuk pi tandas. Masa solat tu, macam naik feri. Terhuyung-hayang. Nasib tak tergolek. 

Awal pagi di Masjid Nabawi

Sampai kat Jeddah je terus ambil luggage sendiri, pi naik bas dalam 3 jam baru sampai Kota Madinah. Otw tu, aku sempatlah buat kerja pejabat. Nak buat macam mana, boss dah suruh bawak laptop sekali ke sana. Tapi aku tak bawak laptop, aku bawak Tab je. Lagi senang nak bawak mana-mana. Sampai je hotel, terus asing-asing ikut bilik. Aku dengan member aku sebilik dengan dua orang acik ni. Yang ni agak bernasib baik, sebab dapat tingkat 2 je bilik hotel kitorang. Hahahaha, nak makan turun guna tangga pun boleh.

Lepas sarapan je, kitorang terus keluar untuk masuk Raudah. Gate kitorang 316 kalau nak masuk Masjid Madinah. Agak jauh dengan pintu masuk ruang wanita. Sebabkan atau memang kebiasaannya untuk agent umrah ni diorang ada surat untuk masuk Raudah, so sampai je terus beratur dan masuk. Sebab aku tengok yang lain, masih ada kat luar walaupun datang awal.


Kubah Hijau

Menuju Raudah

To be honest, bila orang masuk, aku ikut masuk. Ada yang menangis, tapi aku. Maybe sebab hati aku kosong kot. Ke sebab aku banyak dosa ye. Rasa sedih tu ada, yela sebab bila lagi kita ada peluang untuk masuk walaupun hanya melihat dari luar. Aku rasa next time, kalau aku ada peluang pergi lagi. Aku kena betul-betul pastikan yang aku ni dah well prepare bukan dari segi duit ke apa. Tapi rohani tu.




Masjid Madinah sangat indah. Teringat dulu masa zaman remaja atau sekolah menengah aku suka sangat lepak kat surau sekolah, zaman universiti aku tak macam tu sebab masjid jauh. Mungkin sebab tenang, setiap hari aku akan pastikan dapat habiskan dalam 1 juzuk macam tu. Seronoknya masa tu, hati pun belum hitam macam sekarang. Aku rasa macam tak puas pulak nak beribadah kat Masjid Nabawi. Teringin nak pergi lagi, tapi hanya untuk melepak kat dalam masjid. Macam terlalu rushing pulak. Hahahaa

Setiap gate ada banyak shopping store

Btw, area masjid ni sangat banyak tempat-tempat yang best untuk beli barang. Jadi, senanglah nak beli oleh-oleh untuk bawak kat Malaysia nanti. Dengan akhi-akhi tepi jalan sibuk nak promote minyak wanginya. Hahhahaha. Penjual ni kalau nampak orang Malaysia je, bukan main ramah. Diorang pun macam dah adapt dengan bahasa kita yang simple-simple. Haritu masa beli apa tah, ada penjual cakap " Malaysia suka diskaun", hahahahaa. Tapi dia ok je bagi diskaun.



Masa jalan-jalan haritu, ada akak baik hati (setahun lebih tua dari saya), belanja aku dengan member aku minyak wangi. Siap ajak jalan minum coffee. Aku pun yayy!! Kita ni jarang beli minyak wangi, sebab biasa tak sesuai dengan bau badan. Tapi haritu memang aku pilih betul-betul bau yang aku nak. Bau dia macam bau perfume baby 😂

Terima kasih Myra belanja kita perfume 💏

Myra dan suaminya

Aktiviti lepas Subuh biasanya, selain sarapan adalah berjalan-jalan kat area masjid. Bagi aku area Madinah ni dia lebih teratur. Nak beli barang silalah beli di sini. Kalau kat Mekah, kau fokus beribadah je.

Selain tu, kitorang ada jugak ziarah tempat-tempat lain. Macam tempat Perang Badar, Makam sahabat nabi, banyak sampai aku tak ingat dah. Best, almaklomlah kita ni dulu ambik sejarah. Itu memang makanannya. Yang ni aku memang enjoy, sebab aku curious. Aku dengar je Ustaz yang sampaikan tu bercerita. Explanation dia tu yang mahal, so best dengar. Masa naik bas, mutawwif ni boleh pulak suruh aku explain aktiviti ziarah hari tu. Dengan aku yang tak bersedia, tiada nota ditangan. Bedal jela oii.

Aku share jela dulu gambar-gambar ziarah ni, next time kita cerita umrah di Mekah ok.


Makam Syuhada (Uhud)




Somehow, ambik gambar dari video lagi lawa

Jabal Malaikah






Perang Badar

 Nanti kita sambung ye, mata dah berpinar-pinar tengok screen.

Assalammualaikum w.b.t. 😊

Saturday, January 24, 2026

Umrah - Last Minute

Assalammualaikum w.b.t

Dari tajuk dah tahu apa yang aku nak sampaikan, hehee. Kawan masa sekolah menengah dulu tetiba ajak pi umrah dengan husband dan pak mertua dia. Dia tak ada yang teman, so aku pun dengan hati terbuka ikutlah sekali. Hahaa, walaupun tak ready nak pi tapi kita join jela ye.. Baru setahun kerja, duit pun belum berkepok lagi untuk teruskan hidup di masa hadapan. Aku anggap jela ini sebagai peluang nak ke sana dan mungkin ini adalah peluang untuk aku pergi ke tempat lain nanti. May Allah ease everything and I can be a better human. Because I am a sinful person, fact.

Kinda excited, sebab ini jela masa untuk rehat sekejap dari mundane thing. Wuhuuu. Kalau ikutkan aku tak sabar nak lepak kat masjid² kat sana, sebab begitulah aku yang dulu. Suka duduk surau atau masjid lama². Mungkin sebab dalam tu ada aura positif, dan tbh kadang² aku tak tahu nak buat apa bila ada waktu lapang. So duduk surau jadi rutin harian aku. Kekadang siap 1 round aku sapu. Stay kat surau sampailah jam 6pm, lepastu terus pergi dewan makan untuk makan petang. Hidup kat asrama, macam itulah ye. Rinduuu pulak tapi kehifupan tu dah 12 tahun berlalu. Hahaaa 🤣

Sekian, kita nantikan kehidupan gue masa umrah nanti. Doakan aku ok, dari umrah sampailah aspek kesihatan. Aminnn