Sementara ada masa kosong dan bergoyang kaki tak banyak kerja, bolehlah aku sambung cerita berkaitan accident motor aku haritu. Kita nak cerita berkaitan treatment selepas kemalangan haritu. Jadi, lepas je seminggu aku balik dari umrah haritu dalam 21hb Februari macam tu aku set appointment nak cabut gigi yang terbelah haritu kat Klinik Kesihatan.
Set jam 8 pagi macam tu untuk cabut gigi...and aku baru tahu rupaya kita tak perlu set appointment pun kalau nak cabut gigi. Hahahahaa, kalau aku tahu aku boleh je pergi lagi awal untuk cabut gigi tu. Tapi tak apalah, aku dah terbiasa set appointment kat MySejahtera tu.
Sampai je kat klinik, ada seorang pesakit/pelawat je masa tu datang dengan anak dia. Tunggu punya tunggu 8.30pagi baru masuk dalam bilik rawatan. Kitanya nervous tak pernah cabut gigi dewasa, masa dia cucuk bius tu kat bahagian lelangit agak sakitlah jugak. Mungkin sebab kawasan tu nipis kan. Doktor tu duk goyang-goyangkan gigi yang terbelah tu. Aku macam fascinated sekejap. Macam woww, macam gini rupanya cabut gigi yang dewasa. Sama macam video cabut gigi kuda yang aku tengok sebelum ni 😂
Nasib baiklah zaman sekarang ni ada bius untuk tahan sakit, kalau tak menangis tahan sakit. Lepas je selesai cabut gigi, aku mintak Doktor tu tunjuk kat aku part gigi yang terbelah tu. Memang terbelah sampai bawah. Rugi pulak tak request Doktor tu untuk kita simpan gigi tu. Keluar je dari bilik rawatan, aku terus bayar, then blaa. Hahahaa, dengan kapas dimulutnya. Patutnya aku pergi kedai dulu beli aiskrim ke apa, tapi duk terfikir macam mana nak pergi kedai kalau ada kapas kat mulut ni. 😓
Ompong dah gigi aku. Sebabkan yang cabut ni belah tepi gigi tapi kawasan depan, memang nampak sangat kalau senyum buka mulut. Sepanjang puasa Ramadhan hingga Hari Raya aku senyum mulut berlubang di tepi 😌 Tapi macam lawak jugak aku tengok. Setiap kali adik aku ambik gambar, mesti aku show off gigi tercabut ni. Not badd
Btw, seminggu lepas raya tu kena pi Klinik Kesihatan lagi untuk cetak gigi. Tapi....Doktor tu kata luka dia belum sembuh lagi, sedangkan dah sebulan lebih cabut gigi. So kena set next appointment bulan Jun nanti. Lama oii nak tunggu. Harap-harap bulan Jun nanti tak ada lah kena postpone lagi cetak gigi tu. Kalau tak fully sembuh ni maksudnya, aku yang problem.
Maka hiduplah aku dengan gigi ompong ni 2 bulan lagi.
Sebelum terlupa, aku decide untuk pilih flexible denture daripada implan gigi atau bridge. Sebab kalau aku buat bridge, aku kena korbankan gigi lain. Tak nak aku potong gigi sebelah yang masih ok. Yang implan pulak agak mahal, tapi aku tak kisah sangat pasal duit tu. Cuma aku rasa benda ni permanent (sama macam buat bridge), kena drill tulang kan untuk masukkan skru. So bubyee jela.
Ok, kita tunggu Jun 2026 untuk update seterusnya~


