Tuesday, April 28, 2026

Umrah Februari 2026 (Part I)

Assalammualaikum w.b.t.

Cerita 2 bulan lepas, hari ini baru aku nak update. Lama betul simpan ye. Sebabnya, lepas balik umrah haritu badan tak sihat. Almost 3 weeks jugaklah nak sihatkan tekak ni. Bayangkan sampai tak ada suara sehari atau dua hari lepas sampai Mekah. Masa masuk bilik hotel pun aku dah suspek mesti lepas ni sakit. Sebab apa? Sebab dengar bunyi Econ pun dah tahu macam Econ jarang service.

Ok, jom mulakan perjalanan aku dari Malaysia ke Madinah then ke Mekah untuk tunaikan umrah. Kos umrah ni hanya untuk pembayaran je dah cecah RM7,5k. Belum masuk pembaharuan passport, cucuk vaksin dengan perbelanjaan-perbelanjaan lain. Baru pertama kali pergi, jadi banyaklah benda yang aku nak kena beli. So bukan saja kena prepare mental, health, duit pun kena prepare untuk pi sana. 

Letak sini sebab gambar lawa

Aku gerak 3hb Februari pagi, semua berkumpul kat Masjid solat Subuh berjemaah bersama-sama. Lepastu berkumpul kejap dengar taklimat sebelum masuk bas. Aku dah nak gerak, abang aku baru otw dari rumah nak tengok aku pi. Tak sempat la jumpa. Sebab dia nak kena hantar adik aku and then uruskan anak lelaki dia dulu nak pi Pasti.

Lepastu berhenti RnR...bla..blaa...sampai airport tengahari. Taklimat lagi. Btw kitorang dapat sekali 2 ketul luggage termasuk dalam kos tu tadi. 1 luggage besar, 1 luggage kecil, and ada 1 beg sandang comel warna oren. Sampai awal, tapi flight gerak after Asar nanti. So kitorang solat dulu kat airport. 

Untuk tukar duit dari Ringgit Malaysia ke Riyal, aku buat online melalui CIMB Click. Mudah, nanti tinggal pick-up je kat airport. Aku mula-mula takut jugak kot-kot salah tempat nak pick-up. Siap tanya kat group umrah FB, tanya ChatGPT sekali ye, hahahaaa. Siap tengok map airport, step-step untuk internasional punya penerbangan. Gigih sebab takut tersilap melesaplah duit tu nanti. Alhamdulillah, bila transit, jumpa jugalah kiosk tersebut untuk pick-up.

Masa dalam flight, aku tengok short story ni. My fav 

Dari Malaysia, aku terbang jam 5.30pm macam tu. So sampai Jeddah dalam after Isyak kalau tak silap, sebab beza Malaysia dengan Saudi Arabia 5 jam macam tu. Pertama kali solat dalam kapal terbang, pertama kali masuk toilet, hahahaa sebab sebelum ni terbang bebeerapa jam je, tak memerlukan masa untuk pi tandas. Masa solat tu, macam naik feri. Terhuyung-hayang. Nasib tak tergolek. 

Awal pagi di Masjid Nabawi

Sampai kat Jeddah je terus ambil luggage sendiri, pi naik bas dalam 3 jam baru sampai Kota Madinah. Otw tu, aku sempatlah buat kerja pejabat. Nak buat macam mana, boss dah suruh bawak laptop sekali ke sana. Tapi aku tak bawak laptop, aku bawak Tab je. Lagi senang nak bawak mana-mana. Sampai je hotel, terus asing-asing ikut bilik. Aku dengan member aku sebilik dengan dua orang acik ni. Yang ni agak bernasib baik, sebab dapat tingkat 2 je bilik hotel kitorang. Hahahaha, nak makan turun guna tangga pun boleh.

Lepas sarapan je, kitorang terus keluar untuk masuk Raudah. Gate kitorang 316 kalau nak masuk Masjid Madinah. Agak jauh dengan pintu masuk ruang wanita. Sebabkan atau memang kebiasaannya untuk agent umrah ni diorang ada surat untuk masuk Raudah, so sampai je terus beratur dan masuk. Sebab aku tengok yang lain, masih ada kat luar walaupun datang awal.


Kubah Hijau

Menuju Raudah

To be honest, bila orang masuk, aku ikut masuk. Ada yang menangis, tapi aku. Maybe sebab hati aku kosong kot. Ke sebab aku banyak dosa ye. Rasa sedih tu ada, yela sebab bila lagi kita ada peluang untuk masuk walaupun hanya melihat dari luar. Aku rasa next time, kalau aku ada peluang pergi lagi. Aku kena betul-betul pastikan yang aku ni dah well prepare bukan dari segi duit ke apa. Tapi rohani tu.




Masjid Madinah sangat indah. Teringat dulu masa zaman remaja atau sekolah menengah aku suka sangat lepak kat surau sekolah, zaman universiti aku tak macam tu sebab masjid jauh. Mungkin sebab tenang, setiap hari aku akan pastikan dapat habiskan dalam 1 juzuk macam tu. Seronoknya masa tu, hati pun belum hitam macam sekarang. Aku rasa macam tak puas pulak nak beribadah kat Masjid Nabawi. Teringin nak pergi lagi, tapi hanya untuk melepak kat dalam masjid. Macam terlalu rushing pulak. Hahahaa

Setiap gate ada banyak shopping store

Btw, area masjid ni sangat banyak tempat-tempat yang best untuk beli barang. Jadi, senanglah nak beli oleh-oleh untuk bawak kat Malaysia nanti. Dengan akhi-akhi tepi jalan sibuk nak promote minyak wanginya. Hahhahaha. Penjual ni kalau nampak orang Malaysia je, bukan main ramah. Diorang pun macam dah adapt dengan bahasa kita yang simple-simple. Haritu masa beli apa tah, ada penjual cakap " Malaysia suka diskaun", hahahahaa. Tapi dia ok je bagi diskaun.



Masa jalan-jalan haritu, ada akak baik hati (setahun lebih tua dari saya), belanja aku dengan member aku minyak wangi. Siap ajak jalan minum coffee. Aku pun yayy!! Kita ni jarang beli minyak wangi, sebab biasa tak sesuai dengan bau badan. Tapi haritu memang aku pilih betul-betul bau yang aku nak. Bau dia macam bau perfume baby 😂

Terima kasih Myra belanja kita perfume 💏

Myra dan suaminya

Aktiviti lepas Subuh biasanya, selain sarapan adalah berjalan-jalan kat area masjid. Bagi aku area Madinah ni dia lebih teratur. Nak beli barang silalah beli di sini. Kalau kat Mekah, kau fokus beribadah je.

Selain tu, kitorang ada jugak ziarah tempat-tempat lain. Macam tempat Perang Badar, Makam sahabat nabi, banyak sampai aku tak ingat dah. Best, almaklomlah kita ni dulu ambik sejarah. Itu memang makanannya. Yang ni aku memang enjoy, sebab aku curious. Aku dengar je Ustaz yang sampaikan tu bercerita. Explanation dia tu yang mahal, so best dengar. Masa naik bas, mutawwif ni boleh pulak suruh aku explain aktiviti ziarah hari tu. Dengan aku yang tak bersedia, tiada nota ditangan. Bedal jela oii.

Aku share jela dulu gambar-gambar ziarah ni, next time kita cerita umrah di Mekah ok.


Makam Syuhada (Uhud)




Somehow, ambik gambar dari video lagi lawa

Jabal Malaikah






Perang Badar

 Nanti kita sambung ye, mata dah berpinar-pinar tengok screen.

Assalammualaikum w.b.t. 😊

No comments: