Showing posts with label 2021. Show all posts
Showing posts with label 2021. Show all posts

Sunday, October 3, 2021

Stressed

Assalammualaikum

Kinda tired. Seriously i am tired. I am tired, definitely.

Pagi, bangun seawal 5.30am. Then solat, basuh baju, angkat baju kering and jemur baju. Buat sarapan, kadang² orang lain yg masak. Then bagi makan kucing² kat belakang. Bagi kitten sesat kat bawah, i asked my mom buang jela kucing yg datang tu sebab aku malas gila nak jaga. My mom said NO. But, aku jugak yg kena jaga nanti oiiiii. Cukuplah Pumpkin dulu aku yg jaga. Penat, banyak gila chores kena buat. Bila ada je tak kena dengan kucing tu...aku jugak yg kena bebel dengan abang aku. Likess...man, can you see i'm tired.

Pi pasar, beli sayur...haritu kaki aku lenguh. Hahaha, dah tua mungkin. 

Lepastu, aku prep untuk masak tengahari pulak. Macam bibik pun ada jugak. Masakkan untuk embah aku tak kisah sangat sebab awal² custom dulu macam tu. Skrg lama² makanan kat rumah pun aku kena masak. Setiap kali weekend aku berharap sangat mak aku, or anyone in this house volunteer masak. Tak weekend pun aku duk tertunggu-tunggu ada sesiapa tak yg nak ganti aku masak.
Tapi, aku still kena masakkan untuk embah. Itu pun kalau tak ada orang kat rumah embah. Kalau ada orang kat rumah embah, aku cakap je dengan mak honestly "Hari ni mak masak, kita malas". 

Lepas masak lunch, baru aku makan breakfast or brunch kalau tak sempat makan pagi. Then bagi makan kucing lagi dan lagi. Barulah ada masa lepak kat luar sebab nak bagi kucing sesat tersebut keluar dari kandang 🙄 Biasanya aku kat luar 1- 1½jam gitu je. Then mandi and Zuhur. 


- Wroted October 2021 -
- Posted 12 Jan 2022 -


















Monday, June 14, 2021

Kukerta (KKN) Nyogan Part III

Assalamualaikum


Hi there, it's me again. 
Hari ni nak lanjutkan cerita berkaitan aktiviti kitorang kat sana dengan my group's situation. 

Aktiviti yang paling wajib kitorang buat adalah pendataan penduduk kat sekeliling kawasan desa tu. Kena pergi rumah ke rumah, take all the data of the villagers dari family background to work and so on. Banyaklah jugak kena buat, tapi kitorang bahagi²kan tempat untuk perkumpulan. Senang sikit.

Aku pulak dipertanggungjawabkan untuk buat map data dari rumah ke rumah. Dari hujung ke hujung aku buat, guna Photoshop jela mampu. Buat jalan, rumah, sungai, masjid, pos, sekolah and lambang peta. Rajin bebenor aku buat. Sebab ketua aku nak buat macam map dalam bentuk banner stand tu. Gigih aku siapkan. Beruntung next kelompok untuk gelombang ke-2 KKN nanti, semua gelombang pertama (kami) yang buat. 


In my opinionlah kan, program KKN ni best. Sebab kitorang dapat pengalaman baru. Dapat tengok cara diorang bersosial macam mana and how is norma-norma kehidupan masyarakat kat desa. 

and...last but not least, aku dapat tengok asobiyah dalam kelompok aku. Hahaa. No kidding tho, sebab macam dah hari last² KKN tu macam ada masalah pulak kelompok aku ni. Sebabkan kelompok aku ni ada kelompok-kelompok sendiri. 1 orang Jawa, 1 orang suku, and satu lagi neutral macam aku and beberapa students lain. Kitorang tak memilih, so tiada sengketa. Diorang kadang-kadang cakap belakang 😂 yang Jawa aku faham, tapi kalau orang suku cakap belakang satu pun aku tak faham oii. 

Tak cukup orang 😂

Masa tu lah aku realize, woww~ tak ku sangka ada jugak asobiyah kat sini. Tak ku duga begitu kecilnya dunia ini. Aku tak pasti apa benda atau masalah yang menyebabkan diorang gaduh. Classmate aku yang satu kelompok tu bilang, "Gak apalah Husna, jangan hiraukan mereka itu." Aku pun OK jela, sebab aku pun tak tahu pucuk pangkal. 


Ada satu masa tu, aku ingatkan teammate aku yang orang Jawa pi keluar buat aktiviti, rupanya lepak kat rumah orang. Sebab majoriti penduduk desa kat situkan orang Jawa. Maka...tinggallah aku kat madrasah dewek sebab biasa aku more close to them than orang suku. Send help. Sabor jela aku dibuatnya. Last², aku lepak kat luar rumah embah. Situ je port best, siap ada package kucing 😂



Done!

Goodbye you all! 😘
This is my last posting about KKN, next kita bebel pasal lain pulak.









Thursday, June 10, 2021

Kukerta (KKN) Nyogan Part I

Assalammualaikum


Hari ni (10 June 2021) rasa macam nak share berkaitan KKN (Kukerta) masa aku study kat Jambi dulu.

Apa itu Kukerta atau KKN ni?

Bagi aku dia macam program anak angkat kat Malaysia, tapi yang lainnya kitorang tak ada keluarga angkat. KKN ni boleh diperkatakan something yang wajib mahasiswa join sebelum diorang menghadap proposal dan thesis untuk degree. Universiti akan tetapkan sendiri kat mana kita akan sertai program ni, semua mahasiswa ikut kelompok akan duduk dalam satu tempat then buatlah aktiviti yang elok orang perkatakan yakni berbakti kepada masyarakat. Kalau macam aku, rasanya tempat akulah yang paling jauh antara student Malaysia yang lain. Agak pedalaman, ahahahaa. Aduhai, apalah nasib. Sudahlah student Malaysia hanya ada dua orang, Aku and seorang budak lelaki, Paih. Lepastu dapat tempat yang jauh di pedalaman. 
But at least i got something meaningful to experiences there, hee.

    Masa mula-mula meeting kelompok tu, aku dah fikir nak mintak pindah tempat lain. Tak sanggup nak menghadap dewek (sendiri). But then, a few days later...rasa macam kesian pulak kat Paih nanti dia bersendiri. Hahaa, i am a fool sebab dia lelaki buat apalah aku kesah sangatkan. Well, aku tak jadi tukar. Menghadaplah kau Yons. Aku tak ada masalah nak duduk kat kampung pedalaman tu, sebab aku pun orang kampung so macam norma hidup aku dah bersemi. Cuma...jiwa introvert aku je yang macam hampeh. Hahaha. Nasib baiklah ada seorang classmate yang sama kelompok dengan aku, but i am not close to her...hurmm, redah jela. Asal boleh.

Meeting dengan Bapak Masiyan

Perjumpaan dengan Kepala Desa (Ketua Kampung)

    Tak silap kalau naik motor, ambik masa 2 jam+- kot nak sampai. Sampai sana je terus meeting. Tempat aku tu orang panggil Nyogan. Ramai orang Jawa, and ada jugak orang Suku (orang Asli) duduk kat situ. One thing yang aku suka dengan orang Indonesia ni Bahasa, sebab bahasa dia baku. Sedap kekadang dengar. Tempat yang kitorang tinggal tu tempat madrasah, atau tempat mengaji kot. Ada 3 kelas, 1 untuk perempuan and 1 lagi untuk lelaki. Yang kelas ke-3 untuk bocah cilik mengaji lepas solat Maghrib biasanya. 

Me with orang Suku kat sana

Depan madrasah port diorang main volleyball

Bapak-bapak


    Tandas? Ada...tapi nopelah nak pi. Kena angkut air kat perigi. Jauh oiii. Sebelah madrasah ada perigi, dinding dia plastik hitam je. Open gilaaa!! Macam plantor kat rumah sewa kayu aku dulu. Kat situlah aku mandi, nak tak nak kena jugak guna. Kekadang awal-awal tu diorang ajak pi mandi kat sungai, aku join tengok sungai je. Tak sanggup oii...diorang relax je berkemban. Last-last aku pi mandi kat masjid, selang 2 rumah dari madrasah, nasib baiklah dekat. Tapi tandas masjid tu pun lain cerita pulak, hahahaha. Air kolah dia connect dengan 2 tandas, so kena hati-hati takut nampak penampakan dan bayang-bayang. Paip tak ada, paip kat luar untuk ambik wuduk je yang ada.

Sungai

    Kekadang aku join diorang mandi kat sumur ea? Dia macam connect dengan air sungai tapi lagi dekat and tertutup (maybe). Bedal jela. Setiap hari aku angkut air perigi, jadi sado dah lengan aku ni😂 Precious memory ni. Tak silap masa awal-awal kat sana, aku otw pi kedai dengan budak-budak lain then ternampak ada nenek cabut rumput. Sebabkan tak ada aktiviti aku pun joinlah. Berpanasan, habis gelap muka aku. After that, aku selalu pergi rumah nenek tu. Rumah dia sebelah masjid je, and port kat depan rumah dia best...ada pokok renek, buaian, kayu balak boleh buat tempat lepak. 


Bocil (Bocah Cilik)

Makan jambu dengan cicah gula+kicap

Bila aku datang sana, dia keluar buatkan air teh. Siap bagi biskut. Pernah sekali aku nampak dia bakar-bakar sampah aku pun join, lepastu aku ikut buat penyapu lidi dengan cuak tengok belakang ada angsa...takut kena kejar. Then nenek buat teh susu, sedap...

Penyapu lidi in the making

Siap!

Teh O

Embah

Angsa whattt

Teh susu manis kaw-kaw

Other time, aku ikut dia membaja sawit. Temankan je, dia kata tak payah ikut takut ada ular. So aku duduk jela bawah pokok kelapa sawit duduk tercongok melayan perasaan sambal minum air. Luaslah jugak tanah nenek ni. Nenek ni dia ada cucu, Jehan and lagi sorang aku lupa siapa nama dia. Duduk sebelah rumah je, dekat. Kangen oii~pengalaman. Nenek tu sekarang dah tak ada. 



Baja?

Jehan and her brother, with another friend

Jehan gave me this :)

    Masa hari last aku kat sana, aku pi rumah nenek tu. Dia bagi aku makan nasi dengan sambal kentang...sedap. Then aku mintak izin mandi kat rumah dia, then sebelum aku balik. Aku jumpa dia, say' goodbye for the last time. Thank you, Nenek!




Thank you~!




Saturday, June 5, 2021

Journal

Assalamualaikum

Rasa macam aku treat blog ni as my daily journal 😂
But it's okey la kan, as long as i can write it here instead of i kept it by myself. Poor me. Tak reti convey feeling sendiri.

Hari ni just simple update, anything yang aku tulis kat sini is something yang aku nak cerita kat orang. Tapi aku tak tahu nak kabo ke siapa.


Sekian.

Friday, June 4, 2021

FRIENDS PART II

Assalammualaikum



I'm back, lain macam rajin nak menaip minggu ni. Maybe sebab aku rasa enjoy sharing my thought and my life's experience :)

Nak sambung entry semalam berkaitan 'FRIENDS'.
Hari ni aku sambung berkaitan kawan-kawan aku kat Uni. 


    After keluar dari MJ, aku further study kat Ganu. Macam biasa jumpa dan kenal dengan new faces. Roomate aku orang Johor jugak, Najikhah nama diberi, orangnya tinggi lampai bertudung labuh tidak seperti aku walaupun aku keluaran sekolah agama 😂 Tak silap 4 semester kitorang satu bilik, dia lain kos dengan aku. Dia baik, adik beradik semua perempuan. Best boleh masak sama-sama, and sharing gossips together.

UniSZA SEJATI

    Close friends? Macam biasalah semua tempat nak ada 'gang'. Kalau gang aku berempat. Yuna (me), Ida, Pia and Scha. Yang ni yang biasa aku melepak, pi kelas sama-sama, makan sama-sama. Study sama-sama. Semua sama-sama. Layan Running Man or anime biasa dengan Ida, minat sama. Kadang-kadang aku download RM and later Ida nak copy. Hahahaa. 

    Scha dulu stay bilik sama aras dengan aku, aku dah lupa apa nama aras kat Uni dulu. lol. First time aku jumpa dia dulu my first impression is 'cantiknya minah ni' even dia dengan aku melalui zaman jerawat jahat but she's beautiful and she got that body shape goal. Huuhuuu. Kalau dia tahu aku kabo gitu mesti kembang semangkuk jadinya. Sekarang pun dia dah lawa, beauty is pain babe. We're still friend until now, no doubt. Sampailah ke Jambi, dia pun futher study kat sana with me and other members.

    Dulu gigih kitorang pinjam (me) basikal orang semata-mata nak gi kedai RM2 lalu pintu belakang Uni, pernah sekali dua jalan kaki pi kedai. Kalau nak pergi beli barang kat bandar or mall je mesti kitorang pi sama-sama, duk tunggu bas kat hostel kadang-kadang tunggu bukan main lama gilaaa. Kitorang jarang sewa kereta kalau pi keluar, except kalau ada occasion je. So naik bas jela mudah walaupun lambat.


    Masa kat Jambi pulak, kitorang selalu naik motor sama-sama. But what can i say, people do changed. It's kinda weird watching her be close with a 'man'. Tbh she's not before, or am I not much aware of it...? Maybe. But normally i will turned it into blinds eye. Buat-buat tak nampak, biasalah aku kan. Hurmm, member aku yang lain yang kabo ke aku pasal diorang berdua. Bila member aku kabo ke aku, aku rasa macam...'am I not trust worthy enough for her?' - kenapa Scha tak cerita dengan aku pasal that 'man'. Masa kat UniSZA dulu dia pernah cerita pasal crush dia masa high school kat aku. Maybe sebab kat Jambi aku kenal that man, so dia tak kabo ke aku pasal diorang. LOL. If i remember, masa tu disappointed gila aku. Am I not her friend? Tak layak ke kalau dia share dengan aku? But, i think positive jela. Sebab kalau aku confront dia pun, tak ada benda pun nak dipersoalkan. Hahaa. Maybe sebab aku clueless. Hurmm...am i stupid?

    Tapikan later i found out about what happen in Jambi thru her blog, hahaa. And i asked her about it, tapi aku tak persoalankan sangat pon pasal that man. Because dia pun dah tak ada apa-apa. So, case closed babe.

    My other friend, Ida. We share the same interest, anime and Running Man. Masa tu aku belum into Kpop sangat, so aku just layan variety shows because it is funny and hilarous. We're the luckiest sebab kitorang dua je yang dapat stay hostel sampai sem 6, yang lain kena buat permohonan surat. Blessed us. I know she's kind, tak kedekut...but ada certain things yang aku tak faham. Bila kitorang pergi makan sama-sama, when she saw her childhood friends she will leave me out behind (for short awhile)...i felt like...lonely. I don't know how to tell her about that thing so i just kept it myself. Because this is ME. 


But, i still grateful tho because they are all my friends. My precious friends.

One of my fav photo sebab muka aku kena blok, ahhahaa


My favorite video

Because i love them









Thursday, June 3, 2021

Friends

Assalammualaikum



Today's topic : Friends

Serious talk, aku sekarang dah jarang berhello-hello dengan kawan-kawan aku. Aku asyik fikir mesti diorang tengah sibuk bekerja jadi aku tak boleh whatsapp diorang, kalau aku mesej diorang pun kemungkinan nak reply adalah 85%. Kami dah dewasa so aku faham diorang memang banyak tanggungjawab. Hee, peace!

    Dulu masa sekolah rendah aku siap ber'gang', tapi lepas aku masuk asrama semua terus lost contact last aku jumpa diorang pun masa tingkatan 3. Itu pun sebab ada reunion, semua dah cantik-cantik. Aku je yang macam kentang. Diorang siap bercouple uii, cinta monyet. Dulu aku selalu fikir kenapalah rumah aku jauh sangat dengan rumah kawan-kawan aku. Kalau dekat bolehlah aku datang rumah main sama-sama. Rumah aku sorang je yang jauh kat hujung kampung, ahahahaa. Kalau dekat, aku rasa setiap kali balik kampung mesti aku lepak rumah member aku. Aduhai nasib :'(

    Serius rindu diorang, ada sorang yang dah kawin siap ada anak seorang. She's Dila. One of my besties zaman sekolah rendah dulu. Kangeennn, dia memang layak kahwin awal. Anak perempuan sulong, dahlah pandai masak rajin pulak tu, cantik pandai. Darjah enam dah pandai masak, aku? Tak reti oii 😂 She's perfect.

    Tapikan masa sekolah rendah dulu kitorang masih innocent dari couple-couple ni. Kitorang banyak gaduh dengan budak-budak lelaki senior je, tu pun main ejek-ejek panggil nama. Hailaa memori. During high school, macam biasa bermulalah cinta monyet mereka. Sebabkan aku masuk sekolah agama, aku macam tak terjebak sangat tapi ada je yang bercintan cintun senyap-senyap. Aku macam terkejut tengok Dila, siap ada pakwe. Dia suruh aku teman jumpa pakwe dia. Hahaahaa. Betullah orang kata pengaruh rakan sebaya, and teen's phase kan. 


    Masa high school, aku stay kat asrama. New experience to explore. New face to know. New relationship to look forward. It's took one month for me to accept my hostel's life tanpa family, sebelum tu duk call menangis nak balik. Hahahaa. Kat sinilah aku jumpa my new bestie for my new phase of life, Ton. She's pretty, hidung mancung muka flawless. Lainlah dengan aku ni, i'm not pretty enough and i'm an introvert. Masa awal-awal dulu, bila aku bosan je aku akan pergi dorm classmates aku, Jenah. Then tak lama lepastu aku selalu lepak kat dorm Ton sebab aku nak cari tempat yang aku selesa.


    Alhamdulillah kitorang berkawan sampailah habis sekolah. Ingat lagi satu hari tu aku tersedar dari tidur, tak boleh tidur. Jam 2 pagi, aku berjalan seberang blok asrama semata-mata nak pergi dorm Ton. Nak tidur kat sana sebab aku takut tidur kat dorm aku and aku memang selalu tidur kat dorm Ton, sebab aku takut oii. Biasalah semua tempat angker gitu. Tapi bila pikir balik, macam mana aku yang takut nak tidur kat dorm boleh keluar seberang asrama jam 2 pagi. Hahahaa. Pelik-pelik, nasib baiklah tak ada apa-apa. 



    Aku sayang gila kat bestie aku yang ni, aku tak tahulah dia anggap aku bestie dia ke tak. Ada orang kata kitorang ni macam belangkas. Sebab dimana ada aku, kat situ ada dia jugak. Nak buat macam mana...masa tu aku sorang je anak perempuan. So, Ton tu macam sister figure akulah. Dengan dia je aku boleh macam manja sikit, kadang-kadang bila dia baca al-Quran aku duk baring kat riba dia. Bila ingat balik macam overwhelm nya. Andai aku boleh putar mesin masa, aku teringin nak lalui semua tu semula. Nak happy macam dulu. Sekarang aku rasa macam kosong. 

 
    Masa aku jadi ketua asrama, dialah setiausaha aku. Blessed gilaa. Banyak benda yang aku insecure bila dapat jawatan tinggi-tinggi macam ni. Ramai lagi sebenarnya gang masa sekolah menengah dulu. Kitorang selalu pi makan sama-sama kat kantin. Sebelum tu duk jerit blok ke blok, 'nak gi makan tak?!!' . Rindu oii, nak memekak. Bila prep je kitorang siap menyanyi kat kelas. Bila Ustaz lalu je, automatik terus senyap. Hahahahaa!! Macam ada malaikat lalu bak kata orang. 

    Masa form 6, kitorang masuk Maahad Johor. Semua sebaya, Ton dengan aku lain kelas tapi stay dorm aras yang sama. Kadang-kadang je aku tidur kat dorm dia, kena biasakan tidur katil sendiri sorang-sorang. Hurmmm...pernah sekali aku ingatkan nak tidur kat dorm Ton. Tapi masa tu ada kawan kitorang satu classmate dengan Ton. Maybe dia nak tidur kat dorm Ton kot, so aku pun blahh jela gitu. Tidur dewek aja dehh. Kena biasakannnn~ lol, aku tahu masa tu aku rasa sedih. But i need to keep it together. Tak surelah after tu aku menangis ke tak. Entahlaa


    Kat MJ aku rapat dengan Shikin, another belangkas number 2. Habis je kelas jam 3.30pm aku terus mandi and siap-siap pi surau luar. Aku selalu ajak Shikin pi sekali, solat kat sana then mulalah gosip pasal anak-anak jantan. Hahahahaa, crush bagai...siap bagi satu-satu nama character or nama samaran untuk jejaka-jejaka terpilih yang menjadi bualan 😁😂 Antaranya Mika, Vampire and Big Boss. Tu je yang aku ingat. Kadang-kadang kitorang lepak kat pondok area dewan MJ, sambil tunggu jam 6pm nak pi makan terus kat dewan makan. Rinduu~ Thanks Shikin jadi peneman aku kat MJ, when i felt like i need someone to be beside me. Walaupun hanya half year kita rapat, sebab after that aku keluar MJ and sambung study kat Ganu. I am so grateful :)


Next part, nak cerita pasal kawan-kawan kat Uni pulak ;)
I love my friends.


Camp' high school
[ Kenangan Camping high school]






Wednesday, June 2, 2021

Bullying

Assalammualaikum





Sebabkan mood tengah rajin nak menaip so here i am, again. 

Today's topic : BULLYing

Aku tak pernah kena buli sepanjang aku study. Masa sekolah rendah, semua kawan-kawan aku okey, and aku anak cikgu jadi semua orang layan aku baik-baik je. Hehe. I think sebab tu kot.

    Masa aku sekolah menengah pernah ada orang ingat aku kena buli. Hahahahaa. I am shocked babe. Masa tu kitorang ada perjumpaan tingkatan. Ketua form yang handle meeting tu, dia yang kata aku kena buli, or more likes dia tanya aku, sama ada aku kena buli ke...gitu. So i stated TAK. 

    Aku pun tak tahu kenapa diorang accused aku kena buli. Sedangkan aku dengan kawan (W) aku tu okey je. Maybe sebab masa tu masih tingkatan 1, nampak macam berkawan tu masih akward and aku pun memang tak reti marah-marah orang. But after that thing happen, behaviour aku macam berubah sikit. Awal-awal dulu aku macam tak reti say NO. But then i can. Wow. Kira macam ada development la sikit, reti marah sikit-sikit. Sebabkan tak nak orang pandang aku kena buli, which is i'm not dude.


    I asked my others friend about it tauu, macam mana tiba-tiba boleh ada topik aku kena buli. Diorang cakap maybe sebab aku ikut je cakap si W, macam aku ni tunduk je dengan W. Owhh. W okey je dengan aku, kitorang kawan sampailah form 3. After that, jarang jumpa sebab dia sakit and kena operate. So dia kena extend next year. Serius talk, aku masih rasa pelik dengan topik buli ni, ahahahaaa. Weird gila oii. Hidup aku ok je, tetiba ada orang kata aku kena buli 😂

Tapi tak surelah siapa yang kabo ke leader form pasal aku kena buli.


    Suprisingly, i'm not gonna be mean. Tapi...later...leader form kitorang pulak yang kena buli. Lupa dah tingkatan berapa, tingkatan 3 atau 4. Senior yang buli dia, tapi masa tu dia dah letak jawatan. Tak pasti sebab apa that thing happen. Tapi this case naik sekolah, sebab senior siap gunting rambut ex-leader masa dia tidur. Which is not cool babe. Then dia pindah sekolah. Alhamdulillah dah kahwin dah dia sekarang :)  Senior yang buli dia pun dah kahwin and ada anak.
  Let bygones be bygones  


Life must go on, babe.