Sunday, October 3, 2021

Stressed

Assalammualaikum

Kinda tired. Seriously i am tired. I am tired, definitely.

Pagi, bangun seawal 5.30am. Then solat, basuh baju, angkat baju kering and jemur baju. Buat sarapan, kadang² orang lain yg masak. Then bagi makan kucing² kat belakang. Bagi kitten sesat kat bawah, i asked my mom buang jela kucing yg datang tu sebab aku malas gila nak jaga. My mom said NO. But, aku jugak yg kena jaga nanti oiiiii. Cukuplah Pumpkin dulu aku yg jaga. Penat, banyak gila chores kena buat. Bila ada je tak kena dengan kucing tu...aku jugak yg kena bebel dengan abang aku. Likess...man, can you see i'm tired.

Pi pasar, beli sayur...haritu kaki aku lenguh. Hahaha, dah tua mungkin. 

Lepastu, aku prep untuk masak tengahari pulak. Macam bibik pun ada jugak. Masakkan untuk embah aku tak kisah sangat sebab awal² custom dulu macam tu. Skrg lama² makanan kat rumah pun aku kena masak. Setiap kali weekend aku berharap sangat mak aku, or anyone in this house volunteer masak. Tak weekend pun aku duk tertunggu-tunggu ada sesiapa tak yg nak ganti aku masak.
Tapi, aku still kena masakkan untuk embah. Itu pun kalau tak ada orang kat rumah embah. Kalau ada orang kat rumah embah, aku cakap je dengan mak honestly "Hari ni mak masak, kita malas". 

Lepas masak lunch, baru aku makan breakfast or brunch kalau tak sempat makan pagi. Then bagi makan kucing lagi dan lagi. Barulah ada masa lepak kat luar sebab nak bagi kucing sesat tersebut keluar dari kandang 🙄 Biasanya aku kat luar 1- 1½jam gitu je. Then mandi and Zuhur. 


- Wroted October 2021 -
- Posted 12 Jan 2022 -


















Sunday, September 12, 2021

Life Update 12.9.2021

Assalammualaikum





A simple life update, because my mental said so. I need to confess or convey something so my mental health is going to be okay...which is not right now.

I don't know what is actually happened to me, mentally I am not okay. Sekarang macam senang triggered with something, and i don't like that. Orang naikkan suara sekit aku dah haru...I am tired and exhausted. My anxiety mencanak naik. 

Walaupun aku tak pernah counselling pasal mental health ni dengan golongan profesional but i did know aku macam depressed. Lagikan aku ni jenis secretive, insecured and introvert semua benda takut, sebab nanti orang mengata. Teringan nak seek to them, but i don't know how.

and that's my story :)

Long story short i am tired physically and mentally.

Monday, June 14, 2021

Kukerta (KKN) Nyogan Part III

Assalamualaikum


Hi there, it's me again. 
Hari ni nak lanjutkan cerita berkaitan aktiviti kitorang kat sana dengan my group's situation. 

Aktiviti yang paling wajib kitorang buat adalah pendataan penduduk kat sekeliling kawasan desa tu. Kena pergi rumah ke rumah, take all the data of the villagers dari family background to work and so on. Banyaklah jugak kena buat, tapi kitorang bahagi²kan tempat untuk perkumpulan. Senang sikit.

Aku pulak dipertanggungjawabkan untuk buat map data dari rumah ke rumah. Dari hujung ke hujung aku buat, guna Photoshop jela mampu. Buat jalan, rumah, sungai, masjid, pos, sekolah and lambang peta. Rajin bebenor aku buat. Sebab ketua aku nak buat macam map dalam bentuk banner stand tu. Gigih aku siapkan. Beruntung next kelompok untuk gelombang ke-2 KKN nanti, semua gelombang pertama (kami) yang buat. 


In my opinionlah kan, program KKN ni best. Sebab kitorang dapat pengalaman baru. Dapat tengok cara diorang bersosial macam mana and how is norma-norma kehidupan masyarakat kat desa. 

and...last but not least, aku dapat tengok asobiyah dalam kelompok aku. Hahaa. No kidding tho, sebab macam dah hari last² KKN tu macam ada masalah pulak kelompok aku ni. Sebabkan kelompok aku ni ada kelompok-kelompok sendiri. 1 orang Jawa, 1 orang suku, and satu lagi neutral macam aku and beberapa students lain. Kitorang tak memilih, so tiada sengketa. Diorang kadang-kadang cakap belakang 😂 yang Jawa aku faham, tapi kalau orang suku cakap belakang satu pun aku tak faham oii. 

Tak cukup orang 😂

Masa tu lah aku realize, woww~ tak ku sangka ada jugak asobiyah kat sini. Tak ku duga begitu kecilnya dunia ini. Aku tak pasti apa benda atau masalah yang menyebabkan diorang gaduh. Classmate aku yang satu kelompok tu bilang, "Gak apalah Husna, jangan hiraukan mereka itu." Aku pun OK jela, sebab aku pun tak tahu pucuk pangkal. 


Ada satu masa tu, aku ingatkan teammate aku yang orang Jawa pi keluar buat aktiviti, rupanya lepak kat rumah orang. Sebab majoriti penduduk desa kat situkan orang Jawa. Maka...tinggallah aku kat madrasah dewek sebab biasa aku more close to them than orang suku. Send help. Sabor jela aku dibuatnya. Last², aku lepak kat luar rumah embah. Situ je port best, siap ada package kucing 😂



Done!

Goodbye you all! 😘
This is my last posting about KKN, next kita bebel pasal lain pulak.









Friday, June 11, 2021

Kukerta (KKN) Nyogan Part II

Assalamualaikum


Hi guys, disebabkan keyboard dekat laptop besar ni aku off kan function dia, jadinya aku sambung type kat handphone saja dulu. Kali ini maybe aku nak bercerita mengenai aktiviti atau program sepanjang aku KKN. Untuk program KKN ni mahasiswa semua kena tinggal kat desa yang telah ditetapkan selama satu bulan setengah. Lamalah jugak bagi akukan. 

    Antara salah satu program ibuk² kat sini adalah Yasinan setiap hari Jumaat after Zuhur. Habis Yasinan...makan, alhamdulillah aku dapat makanan percuma 😂👍 Ada jugak kadang² kitorang join sekali rewang² belah pagi, and another time after makan je terus join cuci² pinggan laa. Nak buat apa lagi...dah dapat makanan free kok. Kat Malaysia rasanya ada je aktiviti ni cuma more too golongan lelaki yang buat Yasinan kat masjid.

Huhu, dapatlah jugak merasa makanan-makanan masakan orang Indonesia, macam tekwan, bakwan and abon (macam serunding daging tu) 

Gorengan in the making 


Bakwan

Yasinan

Tekwan

Cuci piring dengan mahasiswa universiti lain (UNJA)

    Aku sempat join majlis kahwin 2 kali kot kat sini, kerjanya hanya jaga tempat makanan tetamu and sebelum majlis tu ada la jugak tolong lipat tisu and kotak untuk snack tetamu yang datang. One thing yang aku rasa unik, diorang punya lapik makanan guna lidi macam kraftangan la gitu. Atasnya dia letak kertas minyak untuk letak makanan. So nanti tak payahlah susah² nak basuh boleh buang terus kertas minyak tu. Tapi tak surelah itu creativity catering atau benda tu memang normal kat sana. 

Lipat tisu untuk majlis kahwin, gigih aku melipat

Majlis Kahwin 1 : yang ni macam sederhana sikit


Majlis Kahwin 2 : yang ni Grand



Pinggan lapik lidi

    
Masa aku kat desa tu, aku sempat ikut diorang sambut majlis awal Muharram kot. Aku pun lupa dah apa benda, ke sambutan Maulid Nabi gitu. Kena join buat pertandingan islamik untuk budak-budak madrasah. Jauh sikitlah madrasah ni. Masa malam last tu kena pergi madrasah tu. Aku pun join jela diorang naik motor, naik bukit...lepastu sekeliling ladang getah. Seram sepi, gelap pulak tu. Tapi bestt 😁 menghirup bau getah pokok 😂

    Sampai sana je terus pi makan, hahaa. After that, yang ni part yang paling best sebab 1st time experience unggun api besar. Nasibla aku ikut diorang pergi sekali. Worth it. Masa mula-mula tu ada budak-budak madrasah yang berdiri sekeliling unggun api, bawak unggun api kecik. Then diorang bakar unggun api yang besar tu. Api Marak. 






    Lagi satu benda yang 1st time aku tengok, adult men main sepak bola...tapi guna bola api. Woww. Lain macam sambutannya. Tapi bagi aku as foreigner macam menariknya tengok culture orang lain walaupun benda ni bukan norm pun. Interesting. Paih pun sempat duk join main sepak bola api. Nampak macam best, habis terbakar bulu kaki kauu 😂




    Aktiviti lain yang kitorang buat adalah bercucuk tanam. Hohoo. Ada 2 port, satu kat hujung desa jauh sikit. Yang lagi satu kat depan madrasah kitorang je. Start dari bersihkan kawasan, bakar² then gembur tanah, buat pagar, pasang jaring, tanam benih and so on sampailah jadi anak pokok. 









    One more thing, dalam kelompok kitorang ni ada yang ambik jurusan pendidikan, so diorang siap buat praktikal masa KKN. Mengajar kat sekolah rendah. Best weyy, macam jadi intern. Kitorang yang tak ada praktikal ni sempatlah jugak join satu aktiviti koko diorang. Siap pergi masuk hutan untuk aktiviti memancing, jauh bebenor sungainya. Bila weekend je, student Indonesia biasanya akan buat senam erobik dengan budak-budak desa situ. Aku tak join...tengok je mampu. Aku rasa senam erobik ni memang something common kat sana. Sebab dulu aku pernah nampak golongan ibuk-ibuk bersenam erobik kat luar rumah. Senam erobik atau Poco-poco oii?! 😂










Done!

Sekian.