Tuesday, April 28, 2026

Umrah Februari 2026 (Part I)

Assalammualaikum w.b.t.

Cerita 2 bulan lepas, hari ini baru aku nak update. Lama betul simpan ye. Sebabnya, lepas balik umrah haritu badan tak sihat. Almost 3 weeks jugaklah nak sihatkan tekak ni. Bayangkan sampai tak ada suara sehari atau dua hari lepas sampai Mekah. Masa masuk bilik hotel pun aku dah suspek mesti lepas ni sakit. Sebab apa? Sebab dengar bunyi Econ pun dah tahu macam Econ jarang service.

Ok, jom mulakan perjalanan aku dari Malaysia ke Madinah then ke Mekah untuk tunaikan umrah. Kos umrah ni hanya untuk pembayaran je dah cecah RM7,5k. Belum masuk pembaharuan passport, cucuk vaksin dengan perbelanjaan-perbelanjaan lain. Baru pertama kali pergi, jadi banyaklah benda yang aku nak kena beli. So bukan saja kena prepare mental, health, duit pun kena prepare untuk pi sana. 

Letak sini sebab gambar lawa

Aku gerak 3hb Februari pagi, semua berkumpul kat Masjid solat Subuh berjemaah bersama-sama. Lepastu berkumpul kejap dengar taklimat sebelum masuk bas. Aku dah nak gerak, abang aku baru otw dari rumah nak tengok aku pi. Tak sempat la jumpa. Sebab dia nak kena hantar adik aku and then uruskan anak lelaki dia dulu nak pi Pasti.

Lepastu berhenti RnR...bla..blaa...sampai airport tengahari. Taklimat lagi. Btw kitorang dapat sekali 2 ketul luggage termasuk dalam kos tu tadi. 1 luggage besar, 1 luggage kecil, and ada 1 beg sandang comel warna oren. Sampai awal, tapi flight gerak after Asar nanti. So kitorang solat dulu kat airport. 

Untuk tukar duit dari Ringgit Malaysia ke Riyal, aku buat online melalui CIMB Click. Mudah, nanti tinggal pick-up je kat airport. Aku mula-mula takut jugak kot-kot salah tempat nak pick-up. Siap tanya kat group umrah FB, tanya ChatGPT sekali ye, hahahaaa. Siap tengok map airport, step-step untuk internasional punya penerbangan. Gigih sebab takut tersilap melesaplah duit tu nanti. Alhamdulillah, bila transit, jumpa jugalah kiosk tersebut untuk pick-up.

Masa dalam flight, aku tengok short story ni. My fav 

Dari Malaysia, aku terbang jam 5.30pm macam tu. So sampai Jeddah dalam after Isyak kalau tak silap, sebab beza Malaysia dengan Saudi Arabia 5 jam macam tu. Pertama kali solat dalam kapal terbang, pertama kali masuk toilet, hahahaa sebab sebelum ni terbang bebeerapa jam je, tak memerlukan masa untuk pi tandas. Masa solat tu, macam naik feri. Terhuyung-hayang. Nasib tak tergolek. 

Awal pagi di Masjid Nabawi

Sampai kat Jeddah je terus ambil luggage sendiri, pi naik bas dalam 3 jam baru sampai Kota Madinah. Otw tu, aku sempatlah buat kerja pejabat. Nak buat macam mana, boss dah suruh bawak laptop sekali ke sana. Tapi aku tak bawak laptop, aku bawak Tab je. Lagi senang nak bawak mana-mana. Sampai je hotel, terus asing-asing ikut bilik. Aku dengan member aku sebilik dengan dua orang acik ni. Yang ni agak bernasib baik, sebab dapat tingkat 2 je bilik hotel kitorang. Hahahaha, nak makan turun guna tangga pun boleh.

Lepas sarapan je, kitorang terus keluar untuk masuk Raudah. Gate kitorang 316 kalau nak masuk Masjid Madinah. Agak jauh dengan pintu masuk ruang wanita. Sebabkan atau memang kebiasaannya untuk agent umrah ni diorang ada surat untuk masuk Raudah, so sampai je terus beratur dan masuk. Sebab aku tengok yang lain, masih ada kat luar walaupun datang awal.


Kubah Hijau

Menuju Raudah

To be honest, bila orang masuk, aku ikut masuk. Ada yang menangis, tapi aku. Maybe sebab hati aku kosong kot. Ke sebab aku banyak dosa ye. Rasa sedih tu ada, yela sebab bila lagi kita ada peluang untuk masuk walaupun hanya melihat dari luar. Aku rasa next time, kalau aku ada peluang pergi lagi. Aku kena betul-betul pastikan yang aku ni dah well prepare bukan dari segi duit ke apa. Tapi rohani tu.




Masjid Madinah sangat indah. Teringat dulu masa zaman remaja atau sekolah menengah aku suka sangat lepak kat surau sekolah, zaman universiti aku tak macam tu sebab masjid jauh. Mungkin sebab tenang, setiap hari aku akan pastikan dapat habiskan dalam 1 juzuk macam tu. Seronoknya masa tu, hati pun belum hitam macam sekarang. Aku rasa macam tak puas pulak nak beribadah kat Masjid Nabawi. Teringin nak pergi lagi, tapi hanya untuk melepak kat dalam masjid. Macam terlalu rushing pulak. Hahahaa

Setiap gate ada banyak shopping store

Btw, area masjid ni sangat banyak tempat-tempat yang best untuk beli barang. Jadi, senanglah nak beli oleh-oleh untuk bawak kat Malaysia nanti. Dengan akhi-akhi tepi jalan sibuk nak promote minyak wanginya. Hahhahaha. Penjual ni kalau nampak orang Malaysia je, bukan main ramah. Diorang pun macam dah adapt dengan bahasa kita yang simple-simple. Haritu masa beli apa tah, ada penjual cakap " Malaysia suka diskaun", hahahahaa. Tapi dia ok je bagi diskaun.



Masa jalan-jalan haritu, ada akak baik hati (setahun lebih tua dari saya), belanja aku dengan member aku minyak wangi. Siap ajak jalan minum coffee. Aku pun yayy!! Kita ni jarang beli minyak wangi, sebab biasa tak sesuai dengan bau badan. Tapi haritu memang aku pilih betul-betul bau yang aku nak. Bau dia macam bau perfume baby 😂

Terima kasih Myra belanja kita perfume 💏

Myra dan suaminya

Aktiviti lepas Subuh biasanya, selain sarapan adalah berjalan-jalan kat area masjid. Bagi aku area Madinah ni dia lebih teratur. Nak beli barang silalah beli di sini. Kalau kat Mekah, kau fokus beribadah je.

Selain tu, kitorang ada jugak ziarah tempat-tempat lain. Macam tempat Perang Badar, Makam sahabat nabi, banyak sampai aku tak ingat dah. Best, almaklomlah kita ni dulu ambik sejarah. Itu memang makanannya. Yang ni aku memang enjoy, sebab aku curious. Aku dengar je Ustaz yang sampaikan tu bercerita. Explanation dia tu yang mahal, so best dengar. Masa naik bas, mutawwif ni boleh pulak suruh aku explain aktiviti ziarah hari tu. Dengan aku yang tak bersedia, tiada nota ditangan. Bedal jela oii.

Aku share jela dulu gambar-gambar ziarah ni, next time kita cerita umrah di Mekah ok.


Makam Syuhada (Uhud)




Somehow, ambik gambar dari video lagi lawa

Jabal Malaikah






Perang Badar

 Nanti kita sambung ye, mata dah berpinar-pinar tengok screen.

Assalammualaikum w.b.t. 😊

Saturday, January 24, 2026

Umrah - Last Minute

Assalammualaikum w.b.t

Dari tajuk dah tahu apa yang aku nak sampaikan, hehee. Kawan masa sekolah menengah dulu tetiba ajak pi umrah dengan husband dan pak mertua dia. Dia tak ada yang teman, so aku pun dengan hati terbuka ikutlah sekali. Hahaa, walaupun tak ready nak pi tapi kita join jela ye.. Baru setahun kerja, duit pun belum berkepok lagi untuk teruskan hidup di masa hadapan. Aku anggap jela ini sebagai peluang nak ke sana dan mungkin ini adalah peluang untuk aku pergi ke tempat lain nanti. May Allah ease everything and I can be a better human. Because I am a sinful person, fact.

Kinda excited, sebab ini jela masa untuk rehat sekejap dari mundane thing. Wuhuuu. Kalau ikutkan aku tak sabar nak lepak kat masjid² kat sana, sebab begitulah aku yang dulu. Suka duduk surau atau masjid lama². Mungkin sebab dalam tu ada aura positif, dan tbh kadang² aku tak tahu nak buat apa bila ada waktu lapang. So duduk surau jadi rutin harian aku. Kekadang siap 1 round aku sapu. Stay kat surau sampailah jam 6pm, lepastu terus pergi dewan makan untuk makan petang. Hidup kat asrama, macam itulah ye. Rinduuu pulak tapi kehifupan tu dah 12 tahun berlalu. Hahaaa 🤣

Sekian, kita nantikan kehidupan gue masa umrah nanti. Doakan aku ok, dari umrah sampailah aspek kesihatan. Aminnn

Saturday, December 20, 2025

MY FRIEND'S LIFE

Assalammualaikum w.b.t.

Tadi pagi aku bangan awal dalam jam 3.30am macam tu. Belek-belek handphone, tetiba ada orang Whatsapp jam 4.30am. Kawan lama zaman UNISZA dulu whatsapp. Biasanya kitorang memang selalu contact. Dia bagitahu mak dia dah tak ada, telah dijemput Ilahi awal pagi tadi. Innalilllah...


Dialah yang dari dulu sentiasa jaga mak dia, sebab dia sorang je yang boleh diharap. Adik beradik yang lain aku tak tahu sangat macam mana. Adik dia macam ok. Yang 2 orang lagi tua dari dia tu, sorang dah keluar rumah tak pulang-pulang. Memang totally lost contact after kahwin. Yang sorang tu pulak haritu dia cerita, selalu meminta sehingga dia rasa janggal betul ke apa yang dia minta tu betul? Macam mana boleh rasa janggal ni? Sebab, dulu dia pernah cerita kat family yang dia kerja kat satu tempat ni. Macam kerja office/admin macam tu. Tapi realitinya? Selepas beberapa tahun, mungkin hampir 10 tahun barulah kawan aku tahu dia bukan kerja office seperti yang dikatakan. Tetapi dia kerja sebagai cleaner je kat company tu. So sekarang macam susah nak percaya.

Kadang kesian dengan kawan aku sorang ni. Ayah dia dah dijemput Ilahi mungkin dalam 6-7 tahun macam tu. Mak dia pulak kena buat rawatan dialisis every weeks. So kita fahamlah macam mana kekangan duit tu. Dulu dia pernah call, which is quite rare sebab after habis study kat UNISZA kita jarang contact. Macam bawak haluan masing-masing. Lepas habis study kat Jambi ada satu masa dia call, mintak pinjam duit sebab nak tampung kos dialisis. Aku adalah jugak bagi dalam RM_.00. Itu je yang aku mampu bagi masa tu, sebab kita pun stay at home daughter + tak kerja. 

Mula-mula macam muskil sebab dah lama tak contact. Aku siap tanya kawan-kawan yang lain sebab takut scammer. Rupa-rupanya memang betul dia. Later contact dia semula sebab nak tanya dah cukup ke total semua, dia kata cukup dah ada orang lain yang bagi pinjam. Alhamdulillah. Banyak betul ujian dia dengan mak dia. Memang betullah dia sorang je yang boleh diharap. (Tapi adik dia macam ok)

Kalau ikutkan sebenarmya, boleh je buat potongan terus dari pencen ayah dia dulu. Tapi yang ni aku tak berapa faham. Sebabnya, pencen tersebut ada entiti lain yang songlap. Kalau tak yang pertama, yang kedualah sebab yang pertama dah menghilang. Hahahaha. Nasib baiklah jururawat/nurse kat dialisis kot sarankan untuk buat surat rasmi untuk terus transfer duit pencen tu ke dialisis tu. So tak ada lah diorang selalu buat tuntutan untuk tunggakan bayaran tu. Hailah manusia. Sempat lagi songlap duit, bagi PANGG! satu baru tahu.


Aku tak tahulah macam mana kehidupan dia selepas ni. Semoga dipermudahkan urusan dan boleh teruskan perjalanan hidup yang tertangguh sebelum ni. Banyak betul pengorbanan dia sebab nak jaga mak dia. Haritu dia ada bagitahu aku, kalau mak dia dah tak ada..dia nak sambung belajar semula. Dia dulu belajar sampai peringkat diploma. Adik dia pun tak habis study, tapi dia ada skill untuk buat something berkaitan IT/designing macam tu. So boleh dapat duit side income.

Harap-harap tak adalah apa-apa jadi selepas ni. Risau dengar cerita dia dulu-dulu. Aku nak contact takut mengganggu sebab baru lagikan terjadi. Kalau dekat, bolehlah pergi ziarah walaupun aku jarang keluar. 


Semoga ada Pelangi selepas Hujan.

*Ini dikira mengumpat atau perkongsian?






Tuesday, December 2, 2025

My New Attraction - PLAVE

Assalammualaikum w.b.t. Semua

Terajin pulak nak update blog ni sambil-sambil buat kerja. Sebab takut nanti tak teringat nak meluah dan kongsi my new attraction. Btw, long story short aku ni takdelah into KPOP sangat. Hanya so so macam tu. Tapi kalau ada yang baca profile aku mesti nampak yang aku ni minat Suju, masih lagi minat sampailah sekarang. Tapi aku tak obses ye, sebab aku jenis yang cepat bosan kalau buat benda yang sama lama-lama.


Sekarang ni, aku suka pulak dengan group Virtual PLAVE tu. Sebab dia dalam bentuk macam Vtuber/vocaloid. Comel, haha. Harap-harap attraction ni kekal lama sikit. Kalau dah tengok video diorang pun kekal senyum sepanjang video memang baguslah untuk aku. Alang-alang tu bolehlah kurangkan sikit stress dengan kehidupan ni. Aku menaip ni pun tengah sengih-sengih macam kerang busuk. Macam tengok crush pulak rasanya 😂 Nasib baiklah disebalik persona tu adalah human/orang bukan entiti yang tak wujud. 


Rasa macam tak bersalah pulak minat group dalam bentuk virtual ni. Macam kita minat anime gitu. Habislah aku, terngiang-ngianglah sepanjang masa. To be honest, aku suka tengok diorang punya komunikasi, interaksi antara member. Close friend. Suka melawak kekadang, dengan menyakatnya satu hal pulak. Mungkin itu sesuatu yang aku takkan dapat. Sebab tu aku minat. Cehh

Yang penting diorang punya content sangat entertaining, and I need more. Guess what, tadi malam aku tidur lambat sebab marathon content diorang kat Youtube. Itu pun aku tertidur dalam jam 1.00am kot. Tak cukup lambat. Bila weekday boleh pulak tidur lambat, tapi kalau weekend nohhhh...awal bebenor aku tidur. Naik katil je terus terlelap. Sedangkan nak baring sekejap je. 

Btw, yang ni fav member aku. Jangan tanya kenapa. Kau tengoklah perangai dia. He's always right. Annoying kekadang. One thing for sure, asal semua watak anime/virtual yang aku minat semua sama je character dia 😓
 


Sekian, laporan hari ini.

Nanti aku update balik, kalau rajin.