Showing posts with label critera. Show all posts
Showing posts with label critera. Show all posts

Friday, March 11, 2011

KiSaH RaJa aFriKa


Girls Myspace Comments

>jOm beRcRiter berSaMa miSs LoLLipOp<


Pada zaman dahulu kala di negeri Afrika, terdapat seorang raja yang memerintah dengan adil dan saksama.

Raja Afrika tersebut mempunyai seorang sahabat rapat bernama Koami.

Koami mempunyai satu sifat yang sungguh unik iaitu Koami suka melihat setiap perkara yang berlaku (positif mahupun negatif) dalam hidupnya sebagai sesuatu yang baik dengan mengucapkan, "Ada hikmahnya."

Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari Raja Afrika mengajak Koami pergi memburu di dalam hutan.

Sepertimana kebiasaan, Koami menyediakan peralatan untuk memburu seperti senapang, peluru, makanan dan lain-lain.

Entah bagaimana, Koami terlupa untuk memeriksa senapang tersebut samada masih elok atau tidak.

Ketika di dalam hutan, Raja Afrika melihat kelibat seekor rusa jantan di celah-celah semak, dengan pantas Raja Afrika menembak menggunakan senapang yang dibawa oleh Koami.

"Pom!!"

Senapang tersebut meletup dengan sangat kuat apabila picunya ditekan.

Akibatnya Raja Afrika kehilangan ibu jari kanan kerana letupan senapang tersebut dan menjerit-jerit menahan kesakitan.

Tiba-tiba terkeluar daripada mulut Koami, "Ada hikmahnya."

Bagaikan terbakar telinga Raja Afrika apabila mendengar kata-kata Koami itu dan berkata dengan marahnya, "Bodoh!!!, Ini tidak bagus. Pengawal! Kurung Koami di dalam penjara seumur hidup..."

Setelah setahun berlalu, pada suatu hari Raja Afrika bersama beberapa orang pengawal keluar memburu di dalam hutan.

Alangkah malangnya nasib Raja Afrika tersebut kerana terserempak dengan Puak Madura yang suka memakan daging manusia.

Raja Afrika dan pengawal-pengawal ditangkap dan diperiksa seorang demi seorang bagi memastikan manusia buruan mereka sempurna tubuh badan.

Apabila melihat Raja Afrika tidak memiliki ibu jari kanan, Puak Madura tersebut melepaskan Raja Afrika tersebut kerana pada kepercayaan Puak Madura, manusia yang tidak sempurna tubuh badan sempurna akan menjadi sumpahan jika dimakan.

Betapa bersyukurnya Raja Afrika tersebut kerana selamat daripada dimakan oleh Puak Madura itu.

Barulah Raja Afrika sedar bahawa benarlah kata-kata sahabat rapatnya Koami, "Ada hikmahnya."

Ketika peristiwa Raja Afrika kehilangan ibu jarinya setahun yang dulu.

Raja Afrika memerintahkan supaya Koami dilepaskan dan Raja Afrika dengan rendah diri memohon maaf di atas tindakannya mengurung Koami di dalam penjara.

Tetapi Koami tiba-tiba berkata, "Ada hikmahnya."

Terkejutnya Raja Afrika mendengar kata-kata itu dan bertanya, "Mengapa pula ada hikmahnya?"

Dengan selamba Koami menjawab, "Jika Tuanku tidak mengurung patik, sudah tentu patik bersama-sama Tuanku pergi memburu dan bertemu dengan Puak Madura itu dan akhirnya patik akan mati di makan Puak Madura itu."

Raja Afrika hanya duduk terpaku memikirkan kebenaran kata-kata Koami tersebut.

-Tamat-

Bye Myspace CommentsBye Myspace CommentsBye Myspace Comments





Sunday, December 5, 2010

CriTera aLa2 LuCu (seRam la Pulak)

hUhuhU....hari ini Q nak kOngsi ceRitera seram aLA2 luCu...
ha3...LOLZ...
bAgie yang kuRang seManGat lebih baik janGan tnGok
viDeo nie x PaSal2 penGsan pLak nanTi




nie pOwn seRam aLa2 lucu gak
taPie nGilaiannYerr memBuatkan
kOwang seRam kOtt,,LOLZ,,
aPe la Owg y War ViDeo ni
naK wat ciTer HanTu tPie ish3....
hanTu ade ke yang Pakai seLuar n jejaK
taNah ue...ha3....
.tapi x pe la kan name pOwn hanTu LaWak...




yang ini x seRam jas laWak je,
MayB kOrang dah tenGok kott
dah laMe dah ciTer nie





Monday, November 29, 2010

CriTera aLa2 LuCu

HOTEL


Ada sorang makcik datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya. Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang makcik ni akan menginap. Si makcik mengikut pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, makcik tu melihat ke sekeliling dan marah-marah kepada pelayan tersebut.

"Anak muda, aku mungkin tua dan kekampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku bayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini
bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran itu! Bilik ini begitu kecil, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!"

Dengan wajah yang boring, pelayan itu berkata "Makcik, ini lift lah!!!"



DUA EKOR HANTU

Tersebutlah kisah dua ekor hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborak la untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian...aku dulu mati sebab heart attack." Kata hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal kau tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas hantu B.

"Dah, aku dah buat dah! In fact masa aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab hantu A sayu.

"Cerita la sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik masa sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapat la tangkap diorang?" tanya hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cuma jumpa isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, masa aku masuk umah tu, aku nampak ada kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanya isteri aku tapi dia tak mau jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun..Last-last, sebab aku penat sangat berlari cari jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika hantu B berkata,

"Apasal kau tak cari kat dalam peti sejuk?"



3 SAHABAT

Ada tiga sahabat, satu kura-kura..satu lagi katak..yang last ulat gonggok. Suatu hari kura-kura mengundang dua temannya ke rumahnya buat jamuan kecil-kecilan. So..mereka bertiga buat le pesta kecil di rumah kura-kura. Setelah asyik borak, makan, minum and lain-lain...si kodok berkata, "Eh..dari tadi rasanya ada macam benda yang kurang la..korang perasan tak?....Ha ... patut..la rokok dah abis....... "

Kura-kura : Iya la..sorry la gua lupa lak standby satu....beli jer kat
warong depan tuh!

Katak: Apsal aku plak......kau kan tuan rumah.

Kura-kura: Ye la.... tapi bertahun la korang nak menunggu....siapa lagi cepat.

Katak: So kalau gitu mintak je ulat gonggok tolong....

Kura-kura: Oh iya ya..ulat gonggok tolong gi jap

Ulat Gonggok: Aiya.....korang aje la

Katak: Ala ..gi saja la kita orang dah undi kau

Akhirnya si Ulat gonggok pergi juga untuk membeli rokok. Si Katak dan Kura-kura menunggu ......

Lima minit menunggu...si Ulat gonggok tak tiba juga...10 minit..20
minit...satu jam...dan sampai tiga jam Ulat gonggok masih tak
timbul-timbul.

Katak: Ulat gonggok pegi mana hah tak sampai-sampai..?

Kura-kura: Iye la .. risau jugak, jom kita cari!

Katak: Jom..!

Bila jer kura-kura buka pintu...Ulat gonggok sudah pun berada di depan pintu.

Kura-kura: Hah tu pun dia..!

Katak: ...Mana rokoknya..mulut aku dah kering sangat ni..?

Ulat Gonggok: ..Apa rokok-rokok??...Aku jalan pun belum..!!

Katak: Haah! tak bergerak lagi? ...Jadi dari tadi buat apa...?

Ulat Gonggok: Yeeeeeeeeelaaaaa..korang tak nampak ke ni...aku tak abis lagi PAKAI KASUT..!!!!!

aHakk2...! (tBatuk Q bce lawk nie) LOL..



Sunday, November 28, 2010

CriTera aLa2 LuCu (seRam la Pulak)


Lawak Seram...

Kawan aku nama dia Ahmad.. dia nie kerja kilang ikut shif.. dia nie shif petang so balik tengah malam la.Satu malam tu dia lalu la kat jalan nak ghi airport kat Ipoh nie.. then sampai kat satu masjid.. depan masjid nie ada tempat sampah.. ala tempat sampah busuk gile.. tapi malam tu tempat tu jadi wangi..then ada sorang pompuan pakai baju serba putih tahan dia. Kata nya nak tumpang sampai kat hujung kampung. So yang kawan aku nie bagi la tumpang. So pompuan nie pun naik la.. dia punya wangi punya la semacam aje..Then kawan aku nie dah naik seram sejuk.. so sampai la kat satu jalan yang berbukit so dia nie press la minyak moto dia coz nak cepat dan dah rasa semacam bawak pompuan nie.. lepas aje kawasan bukit tu.. dia rasa ringan aje moto dia.. so dia paling la muka dia kat belakang.. tengok-tengok pompuan tu dah hilang..tapi masih wangi.. dia nie apa lagi terus pecut moto balik ghumah.. terus masuk selimut tidoq bawah katil.

So esok tu dia ghi keja lagi.. balik ikut jalan yang sama jugak. Sampai kat tempat semalam, pompuan semalam ada lagi kat situ. Then dia nie dah naik bulu roma terus pecut moto.. tapi moto dia macam tak nak jalan bila betul-betul depan pompuan tu.. apa nak buat dah terstop kat situ.. pompuan tu celapak naik (tumpang la tu) moto si Ahmad nie.. so dalam keadaan seram sejuk Ahmad nie terus aje.. bawak moto tanpa tengok belakang sambil baca ayat apa yang patut.. sampai tempat berbukit kelmarin.. pompuan yang tumpang tu tepuk bahu si Ahmad nie so si Ahmad nie tak nak paling belakang jugak.. pompuan nie tepuk lagi bahu dia.. so bila dah dua tiga lagi tepuk dia pun paling la.. si pompuan tu masih kat belakang moto dia.. then pompuan tu cakap kat Ahmad cam nie "Abang, jangan bawak laju sangat, semalam adik jatuh tergolek kat sini"



Saturday, November 27, 2010

CitEr cDey..

cRiTera y Q ktip daRie FacebOok..

Love Myspace Comments



by Anis Razak on Monday, November 8, 2010 at 4:00am


Name aku Amir.. Aku de sorg awek.. Sorg??? huhu.. Awek aku ni mmg lawa giler r!! Sbb die lawa tu r aku ngn membe2 aku berebut.. Nasib aku baik la, aku dpt jugak die....memandangkan aku ni pun kategori org yg handsome.. hahaha..

OOPS! lupe! Name awek aku ni Nadia.. Kitorg x same kampung tp satu sekolah.. Satu hari ni aku dpt twrn smbung blajar kt satu IPTA ni.. Awek aku pn dpt.. Alhamdulillah result SPM kitorg cemerlang walaupun aku pun x percaye boleh dpt 7A.. Hahaha.. Tp mmg giler r.. Walaupun kos yg ditawarkn same, tp aku terlambung kt utara n die lak kt Selatan..

Die ni kuat jeles tu jgn ckp laa.. hidup aku dia yg aturkan.. selama aku satu sekolah dulu, jgn hrp la aku nk kuwa ngn membe2 perempuan aku.. Jgnkn kuwa same, pndg pun x boleh.. Kdg2 aku rimas jugak ngn die.. T aku ckp byk ngn die, mau die marah2 then merajuk.. Benci tul aku.. Aku tau die sygggg sgt2 kt aku. Aku tau die mmg x lyn mane2 lelaki yg cube usyar line die.. Kdg2 aku bengang jugak if ade lelaki yg hntr2 msj kt die walaupun die x reply..

Tp sebenarnye aku ade sorokkan sumthing drp die.. Disebabkan kitorg pun da terpisah jauh, aku mule la nk test market kt utara ni.. Jahatkn? Aku rase bebas!!! Aku pn rase die mcm tu jgk kot.. Yelah, die kn lawa.. Msti r ramai jantan usyar die.. Disebabkan aku nk menutup perasaan prasangka yg buruk2 tu, aku mula r berkawan ngn ramai perempuan kat sini.. Setiap kali org tanye status aku, mesti aku jwb aku single.. Aku selalu kuwa ngn member2 perempuan aku kat sini.. Mmg lagak cm org single.. Aku selalu teringatkan die time aku tgh berfoya2.. Bile wktu mlm sebelum tidur, msti die yg call aku.. Aku? Kdg2 kot.. Tp aku syg sgt kt die.. Aku ckp kt die, membe2 aku kt sini semuanye jantan.. Die ckp die pun same.. Sebelum kitorg end call mst die cerita2 kenangan kami bersama.. Die selalu ckp, "kalau sy da x de baru awk leh gatal dgn perempuan lain".. Kdg2 aku mrh die sbb die ckp yg bukan2 walaupun hakikatnya aku mmg da menggatal da pun.. Kdg2 aku selalu jgk create pergaduhan ngn die.. byk kali die nangis time gaduh2 ngn aku.. pernah tu aku tertengking dia.. kesian die.........

"SAYA SAYANG AWAK! SAYA NAK AWAK!"

Tibe2 aku terkejut drp lamunan.. Rupa2nye member perempuan aku, Tiqah.. Aku pn dgn bangang aku terima..

Mase duit PTPTN kuwa, aku beli sebijik henpon lg. Satu henpon khas tok msj Nadia, satu g utk Tiqah.. Dlm tempoh aku belajar kt sini, mcm2 tipu aku wat.. Aku tipu dua2 perempuan tu.. Tp hati aku tetap sygkn Nadia.. Mungkin sbb jauh, perasaan tu kdg2 bercampur.. Tiqah pn mcm Nadia.. Sejak aku couple ngn minah ni, aku dah x kuwa ngn member2 perempuan lain.. semuanya kembali mcm mase aku ngan Nadia dulu.. Aku terasa bersalah sgt.. Tp dlm mase yg same aku just nk hilangkan perasaan bosan sorg2 kat sini.. "Kalau la Nadia tau.." Kdg2 aku terfikir nk berterus-terang.. Tp aku x berani.. Kalau dulu aku tidur pukul 1.30, sekarang ni pkul 3.30 kdg2 pkul 4.. Yelah sbb nk gayut dgn dua2.. Semua org x tahu siapa aku sebenarnya walaupun roomate aku sendiri.. Setiap kali aku balik kampung, Nadia x balik.. Yelah.. U dgn sekolah mane same.. Cuti lain2.. Cume ade sekali tu kitorg dpt cuti same2.. Cuti raye kn.. Time aku jumpa ngn Nadia, aku sorokkan henpon satu lg tu kat rumah.. Nadia makin lawa! Berseri2.. Mane2 lelaki tgok gerenti r cair ni.. Nadia ckp cinta die hanya utk aku.. Selama die berpisah dgn aku, die semakin rindu, semakin syg n cintakn aku.. Utk hilang rase camtu, die habiskan mase dgn belajar.. Kdg2 die ckp belajar smpai tau2 da mlm.. Die happy sbb hati aku masih x berubah utk dia sorang.. ERR! aku terasa bersalah sgt.. "Kalau sy da x de, baru awk leh gatal dgn perempuan len tau!" ckp die sambil tergelak2.. Perkataan tu da berjuta kali kot die sebut.. Aku tgok muke die yg lembut tu.. Die bersuara, kalau habis belajar, die nk aku ikat die sebagai tunang.. Pastu die nk kami kerja, kumpul duit byk2 n kahwin then sambung belajar lg.. Beria2 die menceritakan impian die kt aku...

Permainan aku berlarutan sehingga sem yg ke 4...

Pada satu hari ni aku g makan ngn Tiqah mcm biasa... Heboh kampus aku jd tuan rumah untuk satu pertandingan perbahasan antara IPTA. Kebetulan hari ni ulangtahun ke 3 aku ngan Nadia.. Mcm biase aku g mkn ngn Tiqah kt cafe.. Mase Tiqah tgh ambil lauk, aku terniat hati nk cek msj die.. Terhenti jantung aku, berlambak2 msj sorang jantan yg bersayang2 kt inbox dia.. Aku pn angin r.. Mase Tiqah duduk, aku soal2 dia smpai menangis minah tu.. Sebelum ni x terniat pulak aku nk cek.. Tiqah ckp die ttp sygkn aku.. Aku pun mula terfikirkn Nadia.. Tibe2 ade sekumpulan awek dtg kat meja aku time2 gini la pulak.. X lame pastu aku nmpk Nadia.. Aku menelan air liur.. Rupe2nye, Nadia ambil bahagian dalam pertandingan tu.. Bila Tiqah nmpk ramai2 awek tu dtg kt aku, pelik r die.. N dgn kuasa Allah, semua terbongkar pada saat tu.. N Tiqah sendiri mengaku yg dielah awek aku kt depan Nadia.. Aku tgok Nadia menangis.. Die x bercakap sepatah haram perkataan pun.. Cume die berikan aku sekotak hadiah ulangtahun kami sebelum dia tinggalkn aku.. Aku terus putuskan hubungan aku ngn Tiqah.. Mase aku balik hostel, puas aku call Nadia.. Aku hntr msj berlambak2 kt die.. die x reply pn... Aku sedar, die dah benci aku..

Rupanya Nadia masih menerima aku.. Aku happy sgt2.. Aku berjanji x nk kecewakn die lg.. 2 minggu kejadian itu berlalu.. Org2 sekeliling aku mula menjauhkan diri daripada aku.. Nk2 yg member2 perempuan aku la.. Aku dah x kesah da.. Aku dah berubah.. Aku cuma nk dapatkn keputusan yg cemerlang sampai time akhir sem nanti. Aku nk dptkn kerja baik2.. Apa2 pun aku nk ikat Nadia dulu.. Kdg2 aku berasa malu sgt kt Nadia nk2 bila teringatkn mak ayah dia.. Nasib baik die x pergi report kat mak n ayah dia.. hehe.. Dlm tgh syok2 berangan sambil membelek2 kemeja baru hadiah ulangtahun daripadanya mase hari kejadian tu, tibe2 aku dpt msj drpd member Nadia.. "Nadia eksiden!" Ermm.. Hati aku tibe2 jd x sedap.. Msj kedua drp member die smpai lg.. Terasa panas muka aku bile bace msj tu.. "Nadia da X DE.. Die kne langgar ngan kereta mase lintas jln.." Mcm org gila pas aku bace msj tu.. Aku ambil keputusan balik kejap kampung walaupun terpaksa ponteng kelas..

Aku rase kosong.. Kosong sgt.. Teringat gelak tawa die, teringat suara die, muke die yg lawa tu.. Aku menangis dlm bas.. Aku x peduli ngn org2 yg pndg aku.. Kali ni aku betul2 menyalahkan diri aku.. Semua kenangan aku ngan Nadia bermain dlm kepala aku.. Aku xmampu menahan perasaan sedih ni.. Berulang kali aku bace msj terakhir Nadia mlm td.. "Awk, sy nk tido.. Mcm biase, sy sygkn awk utk selamanye walaupun awk da lukekn ati sy, sy maafkn... Tp ingat! Kalau sy x de baru awk leh gatal ngn perempuan len tau! Hehe.. Nk mrh la tu.. Sy leb awk! Sweet dreamz.." Ya Allah! Kuatkn hatiku ni.. Semasa aku sampai, jenazahnya belum tiba lagi.. Ye.. Aku pun terus mencoretkan kisah ini.. Semoga menjadi pengajaran kt korang.. Air mata aku berguguran sepanjang mencoretkan kisah ni.. Tapi aku tau, Nadia x kn kembali da.. X de lg msj Nadia, panggilan Nadia.. X de dah ungkapan "kalau sy x de" tu dah..

Teman2.. Aku mintak sedekahkanlah fatihah utk nya.. Mungkin ada yg memperlekehkn kisah aku ni.. Tp bg aku, inilah kisah yg plg bermakna utk aku.. Utk selamanya aku menyayangi kau, Nurul Nadia bt Zainarruddin..

Mungkin kejap lagi jenazahnya tiba.. Aku nk bersiap2 utk beri penghormatan terakhir buat die yg aku sygi.. Sememangnya cinta die utk aku shgga akhir nafasnya... Aku mampu merelakan pemergiannya... Tabahkn hatiku Ya Allah.... -Al Fatihah.....



Thursday, November 25, 2010

Aku Ingin Memiliki Tangan Yang Indah...


"Ketika ibu saya berkunjung,ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain,
dan saya bukanlah orang yang sabar,tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu.Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya.

Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya. Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan .. Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya.

Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur kerana Allah telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu. Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu... "