Saturday, December 20, 2025
MY FRIEND'S LIFE
Tuesday, December 2, 2025
My New Attraction - PLAVE
Assalammualaikum w.b.t. Semua
Terajin pulak nak update blog ni sambil-sambil buat kerja. Sebab takut nanti tak teringat nak meluah dan kongsi my new attraction. Btw, long story short aku ni takdelah into KPOP sangat. Hanya so so macam tu. Tapi kalau ada yang baca profile aku mesti nampak yang aku ni minat Suju, masih lagi minat sampailah sekarang. Tapi aku tak obses ye, sebab aku jenis yang cepat bosan kalau buat benda yang sama lama-lama.
Sekarang ni, aku suka pulak dengan group Virtual PLAVE tu. Sebab dia dalam bentuk macam Vtuber/vocaloid. Comel, haha. Harap-harap attraction ni kekal lama sikit. Kalau dah tengok video diorang pun kekal senyum sepanjang video memang baguslah untuk aku. Alang-alang tu bolehlah kurangkan sikit stress dengan kehidupan ni. Aku menaip ni pun tengah sengih-sengih macam kerang busuk. Macam tengok crush pulak rasanya 😂 Nasib baiklah disebalik persona tu adalah human/orang bukan entiti yang tak wujud.
Rasa macam tak bersalah pulak minat group dalam bentuk virtual ni. Macam kita minat anime gitu. Habislah aku, terngiang-ngianglah sepanjang masa. To be honest, aku suka tengok diorang punya komunikasi, interaksi antara member. Close friend. Suka melawak kekadang, dengan menyakatnya satu hal pulak. Mungkin itu sesuatu yang aku takkan dapat. Sebab tu aku minat. Cehh
Yang penting diorang punya content sangat entertaining, and I need more. Guess what, tadi malam aku tidur lambat sebab marathon content diorang kat Youtube. Itu pun aku tertidur dalam jam 1.00am kot. Tak cukup lambat. Bila weekday boleh pulak tidur lambat, tapi kalau weekend nohhhh...awal bebenor aku tidur. Naik katil je terus terlelap. Sedangkan nak baring sekejap je.
Btw, yang ni fav member aku. Jangan tanya kenapa. Kau tengoklah perangai dia. He's always right. Annoying kekadang. One thing for sure, asal semua watak anime/virtual yang aku minat semua sama je character dia 😓
Sekian, laporan hari ini.
Nanti aku update balik, kalau rajin.
Tuesday, November 4, 2025
Accident Motor (Part 1)
Assalammualaikum semua silent reader.
Lebih kurang sebulan setengah yang lepas, aku terbabit kemalangan motor dengan adik aku kat kampung. Ceritanya bermula begini. Masa awal-awal pagi tu aku macam biasalah jalankan rutin harian aku macam biasa, iaitu menghantar adik aku ke sekolah. Sebelum jam 7.00 pagi dah gerak keluar dari rumah. Masa dalam perjalanan tu, dah nak dekat dengan sekolah dalam 70 meter kot. Tiba-tiba ada kucing hitam putih melintas/seberang jalan kat depan motor aku. Aku dengan rabun silaunya, memang seram sikit nak bawak gelap-gelap. Masa tu langit masih gelap, tak tahu apa yang jadi. Sebab otak aku blank gila masa tu, yang pasti aku hilang kawalan sebab nak elak kucing tu. So, aku dengan adik aku tergoleklah kat atas jalan tu...and aku rasa break motor aku ni pun macam punca kemalangan jugak la.
Selepas itu, yang aku ingat, aku sempat call ayah cakap blaa blaa yada yada accident kat mana macam tu. Mak aku cakap, aku call dia jugak. Tapi yang ni aku tak ingat. Sampai sekarang aku tak ingat, dia macam otak kau tengah terawang-awangan macam tu :D Nasib baiklah aku bawa handphone pagi tu, sebab aku jarang bawah handphone kalau sekadar nak hantar adik pergi sekolah. After accident tu ada orang yang tolong, dia bagi kain/sapu tangan untuk tutup atau lap darah kat dagu aku sebab dagu aku terkoyak. Time ni aku ingat-ingat lupa. Lepas tu, yang aku ingat ayah aku usung pi sana pi sini Hospital Pantai dengan KPJ then baru decide nak pergi hospital kerajaan terus. Sebab almaklomlah, harga mahal melambung :D Masa kat Hospital Pantai dengan KPJ ni aku tak ingat langsung apa jadi. Bila sampai kat hospital kerajaan barulah aku sedar-sedar sikit ingatannya. Tu pun macam di awang-awangan lagi maybe sebab dia bagi ubat tidur kot, aku pun tak perasan bila dia cucuk tangan aku. Sedar-sedar dah kat katil, kena usung sana sini sebab nak kena buat CT Scan kot-kot ada apa-apa jadi kat kepala. Disebabkan hentakan kat kepala dan banyak luka accident kat bahagian kepala, jadinya kena buat CT Scan. Gigi aku pun banyak yang pecah dah ni.
Aku stay kat hospital dari tengahari sampailah ke malam, dengan tak solatnya. Tapi masa sampai kat rumah, aku qadak' teruslah solat. Dengan mamai-mamainya. Lepastu dalam jam 3.00pm macam tu ada Dr perempuan datang sebab nak jahit luka kat dagu, mulut dan dalam mulut. Aku kira-kira total dalam 21 jahitan kot. Walaupun dia dah bius tapi masa dia cucuk jarum tu memang terasa ye cucuk-cucuk tu. Boleh tahan sakit, tapi takdelah sakit sangat sebab dah biuskan. Tapi time cucuk bius tu pun sakit jugak. Nasib baiklah pain tolerance aku tinggi, hahahaa lagi ok dari kena bekam cucuk-cucuk sedut darah tu. After balik tu, muka start bengkak. Especially bawah dagu. Bengkak sebab ada fluid dalam dia. Yang ni aku baru tahu. Patutlah masa aku tidur malam, aku ada rasa manis-manis. Tak ke pelik tu. Aku ingatkan apa, rupa-rupanya fluid tu dia keluar dari bawah lidah. Lepas je aku perasan benda tu, aku terus buang kat sinki. Warna hijau uiii, dahlah awal-awal tak perasan. Aku telan jela manis-manis tu :D Apa benda tah akuu ni
Sebabkan impak dari accident tu, dagu aku macam berubah sikit tau. Aku jela yang perasan, and ada retak sikit Dr inform. Tapi yang tu no big deal sebab later dia ok sendiri. Seminggu awal tu aku tak boleh makan benda keras-keras. Makan bubur dengan ikan haruan yang ayah aku beli je yang aku telan. Mulut aku pun susah nak bukak sebab berjahit dan bengkak. Seminggu lepastu baru boleh buka jahitan, then start melahap makan benda-benda keras tapi berpada-padalah.
and...guess what? Ada 1 gigi aku yang terbelah dua. Bukan sebab makan benda keras, sebab accident tu. Masa seminggu awal tu aku cuba tolak gigi guna lidah, lepastu perasan ada yang terbelah gigi ni. Tu yang bila nak buat tampalan gigi kat klinik luar aku mintak dia checkkan sekali, noooo. Dia bagi option untuk cabut sebab belah dia sampai ke bawah. Tapi aku kata tak nak, later je sebab nak tanya dulu dengan Dr kat hospital. Nasib baik next appointment tu tak lama, so boleh get some advice from them la.
Okeh, itu saja dulu. Btw, macam biasa aku upload entry ni pada akhir bulan November 2025. Awal bulan Desember ni ada appointment dengan Doktor pakar untuk tanya berkaitan gigi terbelah tu. Entry seterusnya kita update pulak selepas appointment nanti. Sekian, have a nice day. Love ya!
Sunday, June 15, 2025
15 June 2025 - MY MBTI
Assalammualaikum w.b.t.

MBTI? Dulu macam tak faham sangat apa benda istilah MBTI ni, sebab biasa dengar Intovert, Extrovert dengan Ambivert je. Lama-lama ada tengok orang buat personality test. Aku pun trylahkan and I got INFJ. Recently buat lagi still INFJ dia punya result. Yang aku tahu MBTI aku ni is a bit rare. Dari MBTI ni lah aku faham diri aku sikit, contoh aku boleh analyze behavior seseorang tu. Mungkin sebab skill observation tu rasanya yang buatkan aku boleh tahu perangai seseorang tu. Macam, kenapa seseorang tu bertindak yang sedemikian.
INFJ ni dia jenis secretive, sangatlah Aku ye 😆
Anyone out there yang sama jenis dengan aku ke?

Btw, ada persoalan yang bermain dalam fikiran aku sekarang ni. Aku tak tahu aku dah private ke belum blog ni? Rasa macam iya je. Sebab blog yang lagi satu aku dah sememangnya private sebab cringe sangat dia punya pengisian. Almaklumlah penulisan zaman-zaman remaja, semua di tulisnya. Dengan bahasa aQ Q lah, terkeluar semua shortform yang tak terfikir di minda 😂 Samalah macam dalam muka buku (Facebook). Bila baca balik, apa bendalah yang aku tulis dulu-dulu. Tutup muka jela, semua post aku privatekan.
Aku lupa nak post entry ni, so jadi draft pulak kat sini. Sekian.
Sunday, June 8, 2025
My Life Update Jun 2025
Assalammualaikum w.b.t, intan payung, belian permata.
*5hb June 2025*
Tetiba nak update, sebab kita kepenatan berfikir/overthinking. So ni cara nak meluah. Yang pertamanya, aku PENAT. Argghhhh! (Jerit²). Aku tak tahu macam mana aku masih boleh bertahan kerja, tahu² dah nak masuk 8 bulan kerja. Aku type ni pun sampai terlelap dibuatnya. Hahaa.
Ceritanya, tadi pagi masa aku nak potong kaki ayam, pisau pemotong terkena kat jari aku. Nasib baiklah aku guna parang pendek yang tumpul, kalau yang tajam tu. Seriau rasa.
*Update 8hb June 2025*
Type sampai terlelap dibuatnya. Hari ni hari kedua Raya Aidiladha. Tahun ni adik-beradik yang dah berkeluarga tak balik sini, semua belah isteri. So rumah sunyi dan sepi.
Btw, jari aku dah ok, nasib baiklah luka dia tak dalam sebab aku guna pisau tumpul. Kalau nak basuh pingan mangkuk, aku akan guna sarung tangan sebab tak nak kena direct dengan luka dan kuku yang terpotong tu. Kenapa kalau benda ni berlaku je, aku terus lightheaded. Sebab panik ke? Kena je pisau aku terus rendam air sejuk, nak masuk bilik pun terkial-kial sebab takut tumbang. Baring sekejap...terus ok. Then, sambung masak. Kalau aku tak start masak, takut dapur tak berasap pulak nanti. Hahahaa 😆
Pernah jugak jadi satu hari tu badan auto menggigil, tapi sekali je. Bukan sebab sejuk, aku pun confuse. Then, aku terus pi bilik kosong kat bawah sebab tak nak orang nampak. Last² adik aku cari, hahaa aku cakap tak ada pape, saja turun bilik bawah ni.
Lain cerita pulak, aku masih tak tahu bila nak periksa my lovely mental health. Sebab kita tak nak self diagnosed kan. Aku sendiri pun confuse, aku ni overthinking ke...anxiety ke..social anxiety ke, MDD ke macam tu. Sebab aku tak boleh berhenti berfikir. Agak² kalau makan ubat, dia akan tenangkan fikiran dan semua benda yang merisaukan ni ke? Pernah sekali (not sure) nak hantar budak pi sekolah, boleh pulak terlepas sekolah sebab dalam otak duk sibuk fikir pasal benda lain. Sedar² dah terlepas, nasib baik tak jauh sangat.
Nak check tapi kitanya masih kerja, kalau keluar masa office hour kang tetiba boss call susah pulak. Boleh je kabo, tapi I need secrecy and privacy about this matter. Gituuu.
Well, next week ada meeting wish me best of luck, mentally and physically. Bye, folks 🥲
Monday, March 3, 2025
My LIfe Update March 2025
Assalammualaikum w.b.t
Lama sudah tangan ini tidak mencoret di sini. Terakhir kali ku coret pada bulan November 2023 yang lalu. Hati ini selalu terdetik hendak mula menulis tetapi kemalasan lebih menguasai diri. Maka genaplah setahun tanpa update, hari ini baru berkesempatan mencoret kerna hajat hati ini ingin meluah. Cehhh! Ayat bukan main.
Pejam celik tahun 2025 menjelang tiba, sekarang bulan 3 (Mac) sudah. Marilah berkongsi update terbaru aku yang hidupnya bagaikan roda basikal pancit 😂
Bulan November tahun lepas, my Aunt ajak kerja dengan dia dengan ayatnya bahwa 'Work from Home' je, dari bulan November - December. Tak ku sangka sekarang dah 4 bulan kerja bawah dia dengan skop kerja yang lain, and ada task lain kena buat. Aku suka work from home, tapi kena pi meeting kat office tu yang aku tak nak. Almaklomlah introvert terlebih, so aku redah jela selagi mampu nak hadap. Aku tak rasa ni WFM tapi lebih kepada remort work macam tu. I wish aku boleh meeting thru online je. Tapi tak apa, kita redah je. Lagipun baru 4 bulan kerja.
Dapat peluang kerja ni dah kira ok boleh letak pengalaman dalam Resume nanti. Lagipun umur tahun ni dah masuk 30 tahun, so memang kena cari kerja nak cukupkan duit Tabung Haji dan tabungan lain 😚 KIta belum kahwin so kena cari duit sendiri untuk keperluan dan kemahuan diri sendiri yang tak pernah berkurang. Hahaa, perempuan ohhh perempuan. Sekarang aku baru faham kenapa orang stress bekerja. Aku try tanya kat group Introvert FB, antara kerja dengan relative atau kerja dengan orang luar mana yang diorang pilih? Ramai yang kata orang luar, sebab relative kita kenal and if something goes wrong mestilah kita kena hadap diorang di luar waktu kerja.
To be honest, aku rasa aku terlampau selesa kat rumah, tak kerja, doing chores etc...bila kerja dia start stressed and i am an overthinker so macam susah sikit nak adapt dengan situasi baru. Please pray for my mental health.
Bicara tentang jodoh, uhukkk. Mak ada kenalkan dengan seorang mamat ni, umur sebaya, orang area sini-sini jugak. Dia jenis yang tak pandai/segan bercakap dengan perempuan. Dengarnya macam tu lah. Dah dua kali ajak keluar, aku tolak sebab bukan norma aku ye. Hahahaa. Segan dan janggal, macam manalah orang boleh ber'relationship'. Aku ni dahlah introvert tahap pertengahan. Sekarang dua-dua senyap so nikmatilah kebahagiaan ini untuk sementara. Heee.
Owhh, sebelum lupa cousin yang aku selalu ajak main-main masa kecik-kecik dulu dah kahwin dengan jejaka pilihan hati dia. Cantik manis je dia, dah besar dah. Macam tak percaya dia dah besar, dah kerja, and dah kahwin. Alhamdulillah, dia kahwin masa usia yang aku sepatutnya kahwin. Hailahh, bilalah hati ni nak terbuka menerima kumbang lalu.
Itu je kot latest update, nak coret pasal mental health mungkin panjang berjelar. Contohnya macam semalam aku terfikir kenapa aku mudah sangat melepaskan atau senang kata, kalau orang tak nak kawan dengan aku, aku redha je dia pergi sebab dalam kepala aku 'I am not deserved to be friend with her' macam tu. I am not worth it la. Aku still tak tahu apa punca pemikiran tu wujud. Sebab biasa orang akan relate kan dengan pass experience or trauma macam tu, so aku masih mencari kebarangkalian tu. Maybe sebab aku overthinking terlebih agaknya. Sabar jela..
Untuk akhir kata, marilah sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Akiko Okumura (Aisyah Abdullah). Aku suka tengok live dia dengan suami dia kat Tiktok, baik orangnya, rajin, soft spoken. Macam tak percaya dia dah takde. Setiap kali ada update pasal arwah je aku sebak, tengok anaknya (Sky) dengan Ridz (suami arwah). Bila Ramadhan je tengok family dia makan apa untuk sahur dan berbuka, waktu yang di nanti-nanti tapi tahun ni tak berkesempatan 😢 Semoga diampunkan dosanya, dan dipermudahkan urusannya ke Syurga.
Terima kasih yang membaca, walaupun tak ada manfaat satu pun.
Sekian, GOODBYE FOR NOW FOLKS.
Subscribe to:
Comments (Atom)















