Assalammualaikum semua silent reader.
Lebih kurang sebulan setengah yang lepas, aku terbabit kemalangan motor dengan adik aku kat kampung. Ceritanya bermula begini. Masa awal-awal pagi tu aku macam biasalah jalankan rutin harian aku macam biasa, iaitu menghantar adik aku ke sekolah. Sebelum jam 7.00 pagi dah gerak keluar dari rumah. Masa dalam perjalanan tu, dah nak dekat dengan sekolah dalam 70 meter kot. Tiba-tiba ada kucing hitam putih melintas/seberang jalan kat depan motor aku. Aku dengan rabun silaunya, memang seram sikit nak bawak gelap-gelap. Masa tu langit masih gelap, tak tahu apa yang jadi. Sebab otak aku blank gila masa tu, yang pasti aku hilang kawalan sebab nak elak kucing tu. So, aku dengan adik aku tergoleklah kat atas jalan tu...and aku rasa break motor aku ni pun macam punca kemalangan jugak la.

Selepas itu, yang aku ingat, aku sempat call ayah cakap blaa blaa yada yada accident kat mana macam tu. Mak aku cakap, aku call dia jugak. Tapi yang ni aku tak ingat. Sampai sekarang aku tak ingat, dia macam otak kau tengah terawang-awangan macam tu :D Nasib baiklah aku bawa handphone pagi tu, sebab aku jarang bawah handphone kalau sekadar nak hantar adik pergi sekolah. After accident tu ada orang yang tolong, dia bagi kain/sapu tangan untuk tutup atau lap darah kat dagu aku sebab dagu aku terkoyak. Time ni aku ingat-ingat lupa. Lepas tu, yang aku ingat ayah aku usung pi sana pi sini Hospital Pantai dengan KPJ then baru decide nak pergi hospital kerajaan terus. Sebab almaklomlah, harga mahal melambung :D Masa kat Hospital Pantai dengan KPJ ni aku tak ingat langsung apa jadi. Bila sampai kat hospital kerajaan barulah aku sedar-sedar sikit ingatannya. Tu pun macam di awang-awangan lagi maybe sebab dia bagi ubat tidur kot, aku pun tak perasan bila dia cucuk tangan aku. Sedar-sedar dah kat katil, kena usung sana sini sebab nak kena buat CT Scan kot-kot ada apa-apa jadi kat kepala. Disebabkan hentakan kat kepala dan banyak luka accident kat bahagian kepala, jadinya kena buat CT Scan. Gigi aku pun banyak yang pecah dah ni.

Aku stay kat hospital dari tengahari sampailah ke malam, dengan tak solatnya. Tapi masa sampai kat rumah, aku qadak' teruslah solat. Dengan mamai-mamainya. Lepastu dalam jam 3.00pm macam tu ada Dr perempuan datang sebab nak jahit luka kat dagu, mulut dan dalam mulut. Aku kira-kira total dalam 21 jahitan kot. Walaupun dia dah bius tapi masa dia cucuk jarum tu memang terasa ye cucuk-cucuk tu. Boleh tahan sakit, tapi takdelah sakit sangat sebab dah biuskan. Tapi time cucuk bius tu pun sakit jugak. Nasib baiklah pain tolerance aku tinggi, hahahaa lagi ok dari kena bekam cucuk-cucuk sedut darah tu. After balik tu, muka start bengkak. Especially bawah dagu. Bengkak sebab ada fluid dalam dia. Yang ni aku baru tahu. Patutlah masa aku tidur malam, aku ada rasa manis-manis. Tak ke pelik tu. Aku ingatkan apa, rupa-rupanya fluid tu dia keluar dari bawah lidah. Lepas je aku perasan benda tu, aku terus buang kat sinki. Warna hijau uiii, dahlah awal-awal tak perasan. Aku telan jela manis-manis tu :D Apa benda tah akuu ni

Sebabkan impak dari accident tu, dagu aku macam berubah sikit tau. Aku jela yang perasan, and ada retak sikit Dr inform. Tapi yang tu no big deal sebab later dia ok sendiri. Seminggu awal tu aku tak boleh makan benda keras-keras. Makan bubur dengan ikan haruan yang ayah aku beli je yang aku telan. Mulut aku pun susah nak bukak sebab berjahit dan bengkak. Seminggu lepastu baru boleh buka jahitan, then start melahap makan benda-benda keras tapi berpada-padalah.
and...guess what? Ada 1 gigi aku yang terbelah dua. Bukan sebab makan benda keras, sebab accident tu. Masa seminggu awal tu aku cuba tolak gigi guna lidah, lepastu perasan ada yang terbelah gigi ni. Tu yang bila nak buat tampalan gigi kat klinik luar aku mintak dia checkkan sekali, noooo. Dia bagi option untuk cabut sebab belah dia sampai ke bawah. Tapi aku kata tak nak, later je sebab nak tanya dulu dengan Dr kat hospital. Nasib baik next appointment tu tak lama, so boleh get some advice from them la.
Okeh, itu saja dulu. Btw, macam biasa aku upload entry ni pada akhir bulan November 2025. Awal bulan Desember ni ada appointment dengan Doktor pakar untuk tanya berkaitan gigi terbelah tu. Entry seterusnya kita update pulak selepas appointment nanti. Sekian, have a nice day. Love ya!